..hidup utk berbakti..

Tuesday, February 23, 2010

Kembara Ilmu N. Sembilan : Hidup Ini Satu Kembara..


Salam..sebenarnye dah dua hari Kembara Ilmu berlalu..tp ia terus menjadi ingatan..asyik terkenangkannya..sesungguhnya, trlalu banyak pengalaman berharga yg dpt sy kutip sepanjang kembara ini..terlalu banyak....sekolah yang terlibat ialah sk pasoh 1, sk petaseh, mrsm serting, smk seri perpatih, smk ttb, smt tuanku jaafar, smv ampangan..

Kenape sy kata terlalu banyak pglmn berharga? kerna sy kenal ramai orang..ramai guru..ramai pelajar..pengurusan sekolah..banyak karenah pelajar..byk pebgurusan sekolah yg berbeza2..berkongsi pendapat dengan guru2 setiap sekolah..ragam pelajar yg pelbagai dari latar sekolah yg berbeza..mendengar luahan hati pelajar..mendengar masalah mereka..menjadikan sy sedar..betapa beratnya tanggungjawab yg akan sy pikul di alam pekerjaan nanti, iaitu sebagai seorang GURU, insyaAllah...apa2 pun sy berazam, utk menjadi guru yg terbaik nanti, amiinn..

Kembara Ilmu N9 ni mempunyai objektif yg jelas dlm menyampaikan ilmu, memberi dorongan, berkongsi pglaman dan pendapat dgn anak2 N9 di sekolah.. dgn cara memberi motivasi ini lah kami rasa dekat dengan pelajar.. kami dalam permanis UKM sgt2 memahami jiwa dan naluri pelajar2 disekolah yang dahagakan ilmu, perhatian, motivasi utk meningkatkan jati diri, semangat mereka..kerana kami juga pernah bergelar PELAJAR..

Alhamdulillah..syukur sgt2 sy panjatkan kpd Allah..akhirnya program ini terlaksana jua.. Kembara 5 hari ke 5 buah sekolah dengan penglibatan 7 buah sekolah sgt2 bermakna bagi kami.. kami juga berharap ia memberi impak yg besar dlm hidup pelajar2 di sekolah tempat kami berbakti..ini sajalah usaha dan bantuan yg dpt kami berikan kepada adik2..tp bg kami, ia sgt bermakna..kami pergi berbakti ke sekolah yang pelbagai latar belakang.. ada sekolah bandar, luar bandar, sekolah rendah, menengah, aliran agama, vokasional dan teknik.. setiap sekolah ada perbezaan..

utk cuti midsem ini kami tidak pulang ke rumah demi program ini..program yg telah lama dirancang khas bersama dengan sekolah2 yg terlibat..dalam gerak kerja awl sy menyaksikan byk pengorbanan telah dibuat oleh semua pihak, baik dari pihak sekolah dan terutamanya pihak permanis sendiri..Cuti semester hampir 1 bulan tinggal di UKM saat semua mahasiswa lain pulang kekampung, warga permanis bertungkus lumus menyiapkan tugasan, pergi meting dgn sekolah2, survey sana-sini,berjumpa banyak pihak, dan urusan dengan pihak universiti sendiri..

sy sgt menghargai usaha keras semua warga permanis dan fasilitator yg terlibat...sy syg kalian..kerana..dalam mata hati sy, melihat kalian sebagai insan yg xpentingkan diri sendiri..memikirkan kepentingan banyak pihak..kalian insan mulia sgt2 bagi sy..terima kasih kpd yg terlibat..sy terharu..kerana dgn program ini, jiwa sy amat rapat, dekat dengan pelajar..jiwa sy sayu..sy sygkan pelajar2..kerana....sy seorang bakal guru..sy akan mengajar suatu hari nanti..bg sy program ni sgt penting..sangat2...terima kasih kpd yg memahami sy slma ini..

kt bawah ni ade la sikit sebanyak gambar wktu program..tp xtersusun la..amik mane dan je..



















No comments:

Post a Comment

Renungan..

Jika Kejahatan Di Balas Kejahatan, Maka Itu Adalah Dendam.Jika Kebaikan Dibalas Kebaikan Itu Adalah Perkara Biasa.Jika Kebaikan Dibalas Kejahatan, Itu Adalah Zalim.Tapi Jika Kejahatan Dibalas Kebaikan,Itu Adalah Mulia Dan Terpuji."

Ads code


I made this widget at MyFlashFetish.com.