..hidup utk berbakti..

Thursday, May 28, 2009

beruk.....volume 1

JAM lapan minit loceng berbunyi. Murid-murid berbaris di tengah padang mengadap tiang bendera yang sudah condong. Di puncaknya sehelai bendera lasam terbelit kaku. Sudah lama bendera itu tidak berkibar. Lima minit murid-murid berbaris, tanpa seorang pun datang mengawas. Barisan-barisan itu bengkang-bengkok macam ular kena pukul. Begitulah setiap hari. Mereka berbaris kerana disuruh. Untuk apa mereka tak tahu. Dan tiang bendera bersama sehelai kain berjalur merah putih di depan, ertinya haram tidak tahu. Sebentar kemudian barulah keluar seorang guru, Bercekak pinggang. Dia cuma memperhatikan murid-murid itu dengan penuh kejemuan. Tidak ada satu tafsiran pun terhadap masa depan murid-murid itu. Dia cuma makan gaji.
"Dengar sini semua!" dia bersuara, tapi kata-kata itu tenggelam dalam suara bising murid-murid.

"Diam! dengar sini semua." Cikgu Izma meninggikan suaranya. Murid-murid diam. Tapi barisan macam tadi juga. Bengkok.

"Sudah berapa kali saya pesan. Waktu rehat jangan dekat kereta," Cikgu Izma memberi amaran keras. Amaran yang selalu diucapnya.

Murid-murid menoleh ke belakang. Kereta Volkswagen menjadi tumpuan mereka. Kura patah besar, kata setengah murid-murid. Murid-murid yang diam itu sering benar mendengar amaran seperti itu. Amaran-amaran seperti itu melebihi dari nyanyian negaraku. Mereka lebih hormat kepada kereta Cikgu Izma dari bendera dan lagu negara. Pernah setahun dulu, dua tiga orang murid menyepak-yepak bendera buruk, yang gugur sendiri dari tiang. Selesai Cikgu Izma memberi amaran itu, murid-murid dibenarkan masuk ke darjah masing-masing. Dan Cikgu Izma kembali ke bilik guru, langsung berbual-bual dengan guru-guru yang lain. Mereka bercakap-cakap pasal kereta. Pasal tangga gaji dan pasal lelaki.

Lapan setengah masing-masing masuk bertugas. Cikgu Izma masuk darjahnya, darjah lima. Ketua darjah melaung kuat suruh bangun. Masing-masing bangun, tapi sama. Malas. Cikgu Izma tidak ambil pusing soal itu. Separuh masa sudah berlalu. Cikgu Izma membuat soalan kira-kira yang lain. Tiba-tiba seorang murid masuk senyap-senyap dan duduk di bangku paling belakang. Cikgu Izma sedar. Ia memerhati murid itu dengan pandangan yang tajam, sehingga mata murid itu tidak kuasa menentangnya. Semakin lama Cikgu Izma memerhati, murid itu mulai gelisah. Dia pura-pura mencari sesuatu di dalam mejanya.Mengaru-garu betis yang basah dengan air embun.

"Adi! Mari sini!" Cikgu Izma memanggil murid yang datang lambat itu dengan marah. Murid yang bernama Adi itu bangun lambat-lambat. Kemudian menlangkah perlahan-lahan ke depan. Dia tahu, sebentar lagi dia akan menerima habuan. Dan kawan-kawannya yang lain pun sudah menduga yang Adi akan menerima habuan. Begitu-lah selalunya.

"Berdiri di situ!" perintah Cikgu Izma sambil telunjuknya menunjukkan di tepi meja tulis. Dia kembali menulis soalan-soalan di papan hitam. Adi berdiri di tepi meja dengan hati yang berdetup-detap. Bimbang. Takut. Gentar. Dia tidak dapat menduga apakah hukuman yang akan dijatuhkan oleh Cikgunya nanti akibat dia datang lambat. Tapi kali ini dia bercadang dia akan berterus-terang saja. Dia akan bercakap benar walaupun tidak diterima oleh Cikgu Izma.

"Mari dekat sini, Adi!" perintah Cikgu Izma bila dia selesai menulis soalan. Punggungnya yang lebar itu dihenyak ke kerusi. Murid yang bernama Adi itu mendekati sedikit. Dia cuma memakai seluar dan baju tanpa dua biji butang bawah. Rambutnya tidak disikat. Berkaki ayam. Betisnya bercalar-calar diguris oleh duri lorong denai yang dilaluinya. Cikgu Izma memerhati atas bawah. Jijik sekali. Rupa bentuk dan pakaian muridnya ini sungguh-sungguh tidak berbeza sejak dari darjah empat dulu lagi. Adi tidak berani memanggung kepala bila Cikgu Izma memerhatikannya tanpa berkata sepatah pun. Kaki kanannya menenyeh-nenyeh kaki kiri. Gatal. Jarinya memintal-mintal kaki seluar yang lusuh itu.

"Kenapa awak datang lambat?" akhirnya Cikgu Izma bersuara.

Adi tidak menjawap. Dia tahu walau bagaimana benar sekalipun jawapannya, dia akan kena habuan juga. Dia tahu hukuman yang akan dijatuhkan kepadanya bukanlah berdasarkan sebab-sebab samada rumahnya jauh atau aral gendala yang lain. Tapi kerana dia datang lambat.

"Hee beruk! Saya tanya kenapa awak datang lambat?" Cikgu Izma hampir-hampir memekik.

Adi diam juga. Ia masih tunduk juga. Panggilan beruk padanya bukanlah sekali itu saja, dan bukan sekadar Cikgunya seorang. Di sekolah dia sudah masyhur dengan panggilan beruk, sebab dia membela seekor beruk.

"Pandang sini!" sergah Cikgu Izma sambil mengangkat dagu Adi dengan pembaris panjang. Adi memanggung kepala.

"Saya tanya kenapa awak datang lambat?"

Dengan suara gagap-gagap bercampur takut, Adi menjawap, "Beruk ... beruk ... saya putus rantai, Cikgu!"

"Haaa, kalau dah putus apa yang awak buat," Cikgu Izma bertanya keras. Memang dia tidak pernah beri muka dengan murid-murid.

"Saya cari Cikgu."

"Dah jumpa?" Adi angguk. Tersenyum.

"Sebab tu awak datang lambat?" Angguk juga.

"Awak lebih penting beruk dari sekolah ya? Sebab tu awak pun macam beruk," Cikgu Izma berleter. Muka Adi dipandang dengan jijik.

"Saya sayangkan beruk saya Cikgu. Dia kawan baik saya!" kata Adi dengan jujur. Marah Cikgu Izma naik meluap. Jawapan Adi itu sungguh menyakitkan hatinya. Ia mengaru-garu kepala. Tubuh kurus Adi dipandangnya, kelihatan macam seekor semut.

"Awak nak main-mainkan saya ya?" Cikgu Izma menahan marah. Matanya bersinar- sinar.

"Tidak Cikgu, saya ... " "sudahhh!" tiba-tiba Cikgu Izma menempik. Serentak dengan itu satu penampar kuat hinggap di telinga kanan Adi. Adi terhoyong-hayan tapi tidak menangis. Telinganya terasa bengang. Pendengarannya berdengung. Mukanya merah. Dengan langkah lesu dia kembali duduk di kerusi. Kawan-kawannya diam membisu. Masing-masing menumpukan perhatian padanya.

"Cuba kamu tengok beruk tu! Tak malu. Malas! Kamu semua jangan jadi beruk macam dia!" Cikgu Izma bersyarah pada murid-muridnya yang lain.

Murid-muridnya diam membisu. Sekala mereka berpaling memandang Adi yang malang itu. Tapi Adi, macam tidak ada apa yang terjadi. Kalau tadi dia asyik tunduk, kali ini dia memanggung mukanya dan berwajah tenang. Begitu pun di kelopak matanya ada air bertakung.

Tiga hari sesudah itu Adi tidak datang ke sekolah. Dari desas-desus murid-murid yang lain. Cikgu Izma mendapat tahu yang Adi sudah berhenti. Dengan tiba-tiba, hati Cikgu Izma diserkup sayu. Sedih dan kasihan. Ia terasa macam ada satu dosa yang di-lakukannya terhadap Adi. Beberapa ketika dia termenung. Dia tahu perbuatannya itu salah di segi undang-undang. Tapi hari itu dia sungguh tidak tahan. Bila ditanya cuma beruknya saja menjadi alasan. Mana hati tidak geram. Tapi bila dia mendapat tahu Adi berhenti, perasaan hibanya tidak dapat dikawal lagi. Dia merasa tanggungjawabnya pula untuk menarik Adi belajar hingga tamat. Dia menyesal.

Tengahari itu Cikgu Izma tidak terus pulang ke rumahnya. Selepas bertugas dia meminjam basikal seorang muridnya dan terus ke rumah Adi yang terletak sejauh 4 km itu. Dia tidak memberitahu pada Guru Besar. Biarlah hal itu dia menyelesaikannya sendiri. Untuk sampai ke rumah Adi, Cikgu Izma terpaksa melalui lorong sempit yang boleh dikatakan denai. Di kiri-kanan pokok-pokok "keman malu" dan senduduk. Berlopak-lopak. Tiada ramai orang lalu-lalang. Kampung tempat tinggal Adi sangat-sangat terpencil. Sekali-sekala terlintas juga di hati Cikgu Izma, Bahawa memang patut Adi tidak selalu datang ke sekolah bila memandang jauhnya dan jalan yang sunyi lengang. Kalau dia sendiri pun jadi Adi, dia tentu jadi macam Adi. Sekali lagi perasaan menyesal menumbuk di hatinya kerana perbuatannya itu tidak diselidiki lebih dulu.

bersambung......hehehe

sy xingat sy jumpe kisah ini dimana, tetapi sy pernah terbaca pengalaman ini hasil tulisan AZIZI BIN ABDULLAH..MEMOIR SEORANG GURU.. syukran azizi kerana sebahagian kisah2 didalam ini telah memberi pengajaran buat semua..

Wednesday, May 20, 2009

saat kaki melangkah...bergelar guru praktikal..

salam..
dah masuk minggu kedua mengajar sebagai guru praktikal di sekolah menengah keb. telok panglima garang, banting, selangor....perasaannya bercampur2....hari pertama agak rilek.. belum masuk kelas.. kemudian dapat jadual dari penyelia petang, cik aspalaili.. maknanya, jaz mengajar petang la... 12 waktu.. ngajar kelas 1 ( E,G,H ) gabung..6 masa...kelas tahap sederhana...dan kelas 2 KRK 2( kelas rancangan khas) dengan makna lain, kelas bagus..pun 6 masa...dapat dua pembimbing..yang xrasmi ustazah khasnah, dan yang rasmi ustazah sabarwati... sewaktu observe kedua guru tersebut mengajar, terdetik dihati " mampukah jaz??" ....
hmm... bila dah masuk, alhamdulillah.. mmg la pelajar ramai dan bermeacam ragam, tetapi jika kita bijak mengawalnya insyaAllah xda masalah.. kalau xkuata untuk berhadapan dengan ragam pelajar, xpayah la jadi guru..hati bermonolog sendiri..mungkin saje nak bg semangat kat diri yg kadang2 agak penat dan geram kalau pelajar buat hal..tp..ini adalah langkah pertama.. bagaimana dengan langkah seterusnya nnti?? bila bergelar guru sebenar?? masih banyak yang perlu jaz belajar.. masih banyak yang jaz akan tempuh.. jaz cuba bersabar n bersikap tenang.. ujian inilah yang akan mematangkan diri..kalau selama ni jaz leh hadapi mcm2 dugaan, mesti jaz boleh jugak hadapi masalah ini..bila dah masuk sekolah,terasa keciknya diri berbanding guru sedia ada..duk terfikir, bgmana nak handle pelajar yg bermasalah ni...hm.. jaz kena lebih kenal mereka selepas ni.. jaz akan cuba yang terbaik dalam masa 2 bulan lebih ni..jaz akan sampaikan ilmu pada anak2 ini..jaz akaan usaha..jaz akan tabah..inilah masanya..jaz nak objektif jaz pada anak2 ni tercapai bila jaz habis praktikal nnti, insyaAllah..doakan jaz ye...saat ni terkenang sahabat2 yang sama2 mengambil jurusan pendidikan.. mcm mane la keadaan mereka.. sekolah diorg ok ke..diorg dapat berapa waktu..diorg duk mane n g sekolah naik pe...mcm2 g..waktu mcm ni la kita saling bermesej n bertanya khabar..ade yang jaz dengar agak bernasib malang.. ade yang senang.. n mcm2 lagi.. tp inilah kehidupan pendidik.. melalui bermacam perkara suka duka..dan jaz akan hadapinya...ya Tuhan.. tabahkan lah hati hambaMu ini...

Thursday, May 7, 2009

selamat tinggal tahun 3...

wahh..da ujung semester..exam da habis...pasni praktikal plak la...cam xcaye je..mesti pasni rindu ngan kwn2 merangkap juge kwn2, shbt2 stdy group n permanis...maklum dalam tempoh praktikal nnti, lama xjumpe..pejam celik pejam celik dah 3 tahun kat UKM ni..kwn2 pasni grad la plak.. jaz ade setahun lagi..sbb plajar fakulti pendidikan kos nya 4 tahun.. bye kwn2..herm..agak sedih jgk la..ape2 pon, yg paling menakotkan adalah result sem ni.. rasa dah buat yg terbaik, tp xpuashati jwb exam..xde yg bleh target... pasni tawakkal 'alallah.. kepada sahabat2 stdy group, syukran atas segala yang kalian beri pada jaz.. syukran sgt2..huhu..jaz xkan lupe sampai bila2..semoga Allah beri ganjaran pada kamu semua d kemudian hari kerana membantu insan kerdil ini..amiinnn...

sahabat stdy group dan sahabat selama2nya..insyaAllah..syg semua..
( ekin, nawal,aja,ima,mus,nad,yus,aniza,syukri,kak su dan ida)







Monday, May 4, 2009

perjalanan yg meletih kan....

jam 10 malam di ptsl :
zztt..zztt..bunyi vibret nset sy waktu ngah mamai2 stdy... sy bace 'kak jaz, sok g amik keta kat nuar kul brape??' msg dari adik permanis menghilangkan mengantok sy...MasyaAllah.. hampir terlupa esok, 3 hb mei 2009 sy nak g antar brg2 ke umah sewa n bayar duit sewa..( umah sewa untuk praktikal di banting)...

jam 7 pagi di kolej tun hussein onn, UKM :
mule la mengangkut brg2 yg nak dibawa ke rumah sewa.. g beli sarap jap..kul 8 tepat Hamid dtg. waahhh...sharp!! detik hati saya. bagus2..kemudian kami menuju ke Kolej keris mas nak amik brg kat sana n amik org.. cik timah kita..hehe..yela.. xkan nak g banting berdua je dgn hamid kan..uhuk2..kna ade la sorg mhrm..hehehe..ape2 pun, syukran pada hamid ( driver kehormat) , Tim ( tukang kipas terhormat haha..jgn marah ea..) dan nuar ( bg pinjam kereta yg sangat best!! hihi...maceh2..)..da setle urusan kat banting, pjalanan d teruskan ke TAMPIN..menuju ke rumah sakhiah..abg beliau kawin..org undang, kami dtg...kedatangan kami disertai lagi dengan 3 buah kereta exco permanis n sebuah van yg membawa sekumpulan kanak2 bawah umur..huhu..

jam 1 tghri di tampin ( rumah sakhiah) :

kedengaran bunyi kompang dipalu..terasa kemeriahan majlis raja sehari..erm..sampai2 jumpe la mantan2 permanis yg dah sedia sampai awal disana..ceria je semua( macam la majlis kawin korg kan..) dah habis beramah mesra, makan n bersalaman dgn family sakhiah..kami solat jama' d masjid tampin..pastu, g umah shama plak...akhirnya, hampir jam 4, kami bergerak pulang ke UKM..

yang nak cerita kat sini, perjalanan pulang kami memakan masa yang lama.... sampai d UKM sekitar jam 10.45...huhu..semuanya gara2 jem kat lebuhraya..( maklum la org balik ke bandar semula selepas habis cuti buruh..sabar jela)........ tension.......tp alhamdulillah.. kami semua sampai dengan selamat...

kat bawoh ni ade la sikit gambo..huhu...

tepi jalan pon jadi....


di rumah ki..

Renungan..

Jika Kejahatan Di Balas Kejahatan, Maka Itu Adalah Dendam.Jika Kebaikan Dibalas Kebaikan Itu Adalah Perkara Biasa.Jika Kebaikan Dibalas Kejahatan, Itu Adalah Zalim.Tapi Jika Kejahatan Dibalas Kebaikan,Itu Adalah Mulia Dan Terpuji."

Ads code


I made this widget at MyFlashFetish.com.