..hidup utk berbakti..

Saturday, January 30, 2010

Demo PRK dan Kawan Saya Yang...

Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih...

Salam...herm..Pilihanraya Kampus (PRK) dah 2 hari berlalu..bermacam peristiwa terjadi..demo, perarakan,buang undi, kira undi dsbgnya..kalau ikutkan, sy ni bukanlah seorang yg aktif dengan politik kampus..steady je..undi memang rahsia sy, tapi bukan la rahsia pengurusan kolej sy atau pentadbiran..walaupun sy xsetuju dgn sistem pilihanraya kt UKM ni, tp layankan aje..janji sy tunaikan tggjwb sy utk mengundi pihak sy sy rasa berhak dan layak untuk memegang tampuk pemerintahan..tu bukan tujuan sy tulis blog hari ni...alkisahnye bermule..

Tgk frasa pertama " DEMO"....ape yg saya nak tulis kat cini ialah berkenaan dengan demo Pro-M dimasjid UKM semalam telah menyebabkan berlakunya peristiwa yg sy sendiri xberapa suka nak cerita..rumah Allah telah tercemar..tp sy cerita la sikit sebanyak kan..sebab ia ada kaitan dengan cerita utk frasa seterusnya iaitu "KAWAN"...alkisahnye selepas solat jumaat semalam ade demo sikit..pihak polis mmg ramai la yg jaga masjid..siap FRU lagi..wktu demo tu ade la yg kena tgkap..jap je pastu dilepas smula..diorang bukan watpe pun..sekian dulu tuk frasa yg pertama....

KAWAN...kenapa kawan? sy bukan nak cerita kawan sy kena tangkap atau sebagainya...tp...hari ini, selepas membasuh baju, sy menerima 1 panggilan..serius terkejut sgt2..panggilan tersebut datang dari balai polis IPD kajang!!! polis yg membuat panggilan tu menyebut nama sy, kemudian menyatakan sy terlibat dengan demo semalam dan meminta sy dtg ke IPD Kajang..sy pun ape lagi..menafikan leeee...xkan mengaku plak..sy dengan yakin menafikan dan mengatakan kedudukan sy waktu kejadian ialah di bilik PERMANIS..siap ade saksi lagi...pastu polis tu cakap lagi" KAWAN awak yg bagitau awk terlibat. nama dia_ _ _ _ _ _...mmg kwn sy ada nama mcm tu..sy pun terus menafikan..yela...waktu tu pas solat jumaat kan..xkan la sy sorang2 pmpuan g sana wat demo plak..dah la yg terlibat semua lelaki..

tau ape jadi pastu???? polis tu pun cakap " wei aku bergurau jela.." jahat!!!! mati2 sy sangka polis sebenar..rupanya kawan sy yang.....menyamar sebagai polis..saje nak kenakan sy..sabar jelah..sy siap da pucat da..ketaq lutut nih..cara cakap dia mmg leh jadik polis la..confident sgt..sy percaya sungguh..memang dak kena budak _ _ _ _ _..mentang2 sy xsave no dia(walaupun kami kawan lama wktu sekolah dulu2..siap sekelas lagi...), boleh plak dia main2 kan sy..sabar jela..huhu..rupanya dia kol cuma nak mintak teks MC utk majlis perasmian KBIM isnin ni...

huuuu...lega sikit..td jantung berdegup kencang..mcm2 fikir..sape plak la yg fitnah sy ni..hehehe...alhamdulillah..xde pape pun sbnr nye..sekian dulu post utk hari ni...wassalam...

P/S : mcm mane kalau sy betul2 terlibat dan ditangkap polis??? wallahu a'lam...

Tuesday, January 12, 2010

SURVEY Pangkor utk KEM BIM Fakulti Pendidikan






Slm..hari ni baru blik dr survey kat kem rimba pangkor d teluk nipah..alhamdulillah..perjalanan kami berjalan lancar dan semua selamat kembali ke UKM..bermula mlm td, kami bergerak ke p.pgkor dgn menaiki Van UKM. Jaz bersama 8 sahabat yg lain dan juga diketuai oleh penyelaras PIPAQ Fakulti Pendidikan UKM iaitu Dr.Isa Hamzah sampai di jeti lumut 4.30 pg..kemudian mereka smbung tidur sebelum solat d masjid...jaz x tidur langsung..xleh tidur..xtau nape..jam 8.30 feri menuju ke teluk nipah..anggaran perjalanan selama setengah jam dari jeti Lumut..da smpai sane, g la survey tmpat khemah,mkn,absceiling,jungle trek,snorkling..kira2 jam 1.30 kami mkn tghri dan balik semula ke jeti lumut..sampai sana abg Van UKM da sedia menunggu..kami pun solat n mandi d masjid..wah..lega..pastu kami pun balik le..ape lg..:)..sekian dulu laporan hr ini..

P/S: alhamdulillah..Allah maha Penyayang..semoga program yg dirancang ini dpt dilaksana dgn jayanya..dgn sokongan semua pihak..amiinn...

Tuesday, January 5, 2010

Emosi Mengatasi Kewarasan Akal..

AMPANG: Geram isterinya pulang lewat, seorang lelaki tergamak menghayun seterika pada wanita berkenaan ketika di rumah mereka di Lembah Keramat, dekat sini, Sabtu lalu.
Hayunan seterika terbabit hampir hinggap di anggota badan dan kepala wanita berkenaan, namun dia ternyata bernasib baik kerana dapat mengelak objek besi itu yang kemungkinan boleh mendatangkan kecederaan atau sebarang perkara buruk lain.
Selain itu, lelaki berkenaan yang tidak dapat mengawal perasaan turut mengugut mahu membunuh isterinya itu, selepas berlaku pertengkaran antara mereka.
Lelaki berkenaan semakin menggila apabila dia turut mengambil kerusi serta kipas sebelum melayangkan objek berkenaan ke arah mangsa, namun wanita itu sekali lagi bernasib baik selepas dia mengelak. Menurut sumber polis, kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 8 malam ketika mangsa yang bekerja sebagai pengurus jualan pulang ke rumah sebelum dia dimarahi suaminya.
“Ketika itu, mangsa ditegur kerana pulang lewat sebelum berlaku pertengkaran antara mereka membuatkan suaminya semakin berang.
“Mangsa berniat baik dan memberitahu suaminya yang dia terpaksa pulang lewat kerana mempunyai urusan kerja yang banyak, namun alasan terbabit ternyata tidak diterima lelaki berkenaan,” katanya.
Katanya, selepas itu, berlaku pertengkaran antara mereka dan wanita malang terbabit yang sempat mengelak daripada dipukul terpaksa bergelut dengan suaminya sebelum dia melarikan diri.
“Mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit kerana khuatir keselamatan diri selepas dia turut menerima ugutan bunuh yang dibuat suaminya.
“Berikutan itu, polis menahan suami mangsa yang berusia 40-an, semalam selepas dia menyerah diri di balai polis,” katanya.
Menurutnya, siasatan awal yang dijalankan mendapati motif kejadian berpunca hanya kerana suspek tidak berpuas hati selepas isterinya pulang lewat dari tempat kerja.
“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca sebenar yang membuatkan lelaki itu begitu berang dan sanggup mengugut membunuh isteri sendiri,” katanya. Difahamkan, wanita berusia 30-an bekerja sebagai pengurus jualan di sebuah syarikat itu mendirikan rumah tangga dengan suaminya sejak hampir dua tahun lalu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat.
“Setakat ini siasatan lanjut masih dijalankan dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah yang dilakukan lelaki berkenaan kepada isterinya,” katanya.

Sumber : Harian Metro Online

Sunday, January 3, 2010

Arwah Atuk..

hr ni atuk jaz meninggal..sedih sgt..dgn keletihan balik program..kesedihan plak..emosi jaz jd xstabil..jz mtk maaf pd smua kalo sikap jz yg xmenyenangkan..sori..jaz nak hadiahkan alfatihah dan bacakan yasin walaupun jz xbalik kmpung perak tgk pengkebumian jenazah arwah..sblum ni arwah mmg ade sakit n pernah masuk ICU..xsgka ajalnya secepat ni..namun itulah yg sudah tertulis d luh mahfuz n sy kena terima dgn redha..harap pembaca dpt sedekahkan al-fatihah buat arwah atok jaz..syukran...='(

INTIM..pengalaman berharga..

slm..alhamdulillah..pada 2-3 januari( hr ni ) PERMANIS UKM telah berjaya menganjurkan Interaksi tautan Mahabbah ( INTIM ) di Brindley Training Camp, PD N9.. disertai oleh 98 org ahli permanis lama dan baru dan dipecahkan kepada 10 kumpulan..program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli dgn ahli, ahli dgn exco dan juge mantan2 PERMANIS UKM dengan temanya, ukhwah disambut,ikatan terpaut...

alhamdulillah..aktiviti yg berjaya dijalankan bg program 2 hari 1 malam ini seperti sukaneka pantai, BBQ, ceramah agama oleh ust syafiq, kuiz berkenaan n9 n PERMANIS, night walk,senamrobik, war game dan berakit..yg jaz nk highlight kt cni sebenarnye ialah, kumpulan jaz menang pertandingan berakit....yez alhamdulillah..hm..program ni walaupun singkat tetapi agak penat jg dan pasti meninggalkan kenangan manis..mcm2 berlaku..herm..


thanks kpd PERMANIS UKM atas usaha penganjuran dan semua pihak yg terlibat membantu, menjayakan INTIM PERMANIS UKM 09/10..kpd semua peserta, thanks sbb bg kerjasama n inilah yg mampu kami beri..segalanya demi anda semua..thanks a lot..kami memohon maaf diatas sgl khilaf dan terlepas pndg mgkin dlm beberapa perkara..diharapkan penilaian program ni nnti akan memberi semangat serta dapat menambahbaik program PERRMANIS akan dtg..amin..insyaAllah..



kat bawah ni de sikit gambar tuk tatapan semua..


berlatarbelakangkan 4 bas UKM

ceramah maghrib selama hampir sejam dengan tema " UKHUWWAH"

sesi bergambar peserta bersama VIP di majlis perasmian penutup

4 kumpulan berentap..1 rakit 20 lebih org..berat koot..

malam BBQ..serius..sedap sgt2..kredit tuk nuar..eh silap..mak nuar..hehe..

War Game..

senaman pagi...berpeluh..warm up sblum berakit..

Night walk ala2 jungle treking..boleh tahan la penat..

barisan urusetia n exco

2 kumpulan bersaing hebat..merah tetap unggul..hehe..kuning jgn mara ea..

kuiz mengenai n9 n PERMANIS..=)

xtau la main ape ni..bawak belon kt perut..xleh pegang..tgn kena angkat n wat peace..

selipar gajah..habis tercabut dak2 ni kerja kan..herm..

water confident..ramai yg x konfiden wktu ni,..herm..

dengan rakit kumpulan masing2..kumpulan razin 1st siap rakit..mantap lah!!

Saturday, January 2, 2010

Kisah Tahun Baru...

erm..xde pe yg menarik pun..tp mlm tahun baru sy sambut bersama exco permanis di Kajai je..pas meting g mkn kt sane ramai2..pastu tgk bunge api dari citu..xperlu lah g ke dataran merdeka utk sambut tahun baru..yg penting tanamkan niat dalam hati utk memperbaiki diri ke arah yg lebih positif..insyaAllah..

1 Hb Januari, pagi : bgn agak lewat..kemudian ngemas2 n basuh baju..
1 Hb januari tghri : melangkah kaki meninggalkan ukm menuju ke stesen komuter UKM..
1 Hb Januari petang: sampai umah dalam kul brape erk..6 kot..
1 Hb Januari mlm : berada di rumah dgn mcm2 aktiviti bersama keluarga..antaranya, mkn,borak2,kupeh klapo,membace,,,dll..tp yg paling byk berborak la..mcm2 nk bual dgn kakak ( yg akan mula mengajar di johor esok ) dan adik2..dgn kakak cite pasal ngajar, pasal sekolah lama, pasal2 kwn2, pasal interview KPM..hm...ngan adik lg la..nk beli keperluan sekolah, nk sekolah lain, nk itu n ini..

Tp..yg sy paling suka dgr ialah cerita adik sy..
xperlu lah sy bg tahu detail tentang adik sy yg mana..kisahnya sewaktu dia drjah 5..

adik sy amat terkenal sbg seorg yang penjimat..rajin simpan duit..dia teringin sgt nak mkn mee goreng yg dijual di simpang jalan berhampiran sekolahnya..duit yg walid bg dia simpan..xbelanja satu sen pun..dgn harapan bila hujung mggu nt dpt lah dia beli mee goreng yg diceritakan sgt sedap tu..tetapi...satu hari kwn tmpat duduk sebelah dia g curik plak duit dia..dia bkn sengaja tuduh..tapi kwn tu amik dlm poket beg yg sedang dipakai oleh adik sy..adik sy terasa beg nya di usik..waktu perbarisan dia duk di belakang adik sy dan mereka berdua adalah yg paling belakang..nak di jadikan cerita haritu kwnnya tu suruh adik sy duk depan dia..dia nk duk blakang adik sy..adik sy xde lah nk syak ape2.. mgkin dia da plan awl n da tau katne adik simpan duitnya..bila pastu adik sy cek poket beg, duitnya xde..dia tanye la kt kwn nye tu..kwn nya xngaku la..xkan nak ngaku plak kan..adik sy ni xpndai la nk gaduh2 n gertak2 org..dia sgt sedih kmudian balik umah dgn menangis2..dia xcerita kt sape2 pun wktu tu..pemendam dia dia..hampa sungguh la dia xdpt mkn mee goreng yg diimpikan..huhu..penat2 je simpan duit..sian adik sy...kalo sy jumpe org tu, siap la..huh=(

sy ckp nape duk sebelah org mcm tu..rupanya kedudukan dlm kelas yg menjadikan dia duk sebelah dgn org yg dia xbkenan tu..kwn nya tu dpt no 1, adik sy dpt no 2, so dgn terpaksa, kenalah duk sebelah budak tu..hmm..mcm2 pe'el..zaman kanak2 yg sungguh berwarna warni..

kalo ikutkan mmg byk kisah yg terjadi dlm hidup kita ni kan..hehe..tp semua boleh d jadikan pengajran dan diambil nilai2 murni...hehe..sekian dulu..wassalam..

P/S : teringat plak kisah seorang kawan yg hilang h/phone di masjid..kat masjid pun jd..smoga pencuri d berikan hidayah n dpt balasan setimpal..xbek la buat gitu..sian org xbersalah..herm..

Renungan..

Jika Kejahatan Di Balas Kejahatan, Maka Itu Adalah Dendam.Jika Kebaikan Dibalas Kebaikan Itu Adalah Perkara Biasa.Jika Kebaikan Dibalas Kejahatan, Itu Adalah Zalim.Tapi Jika Kejahatan Dibalas Kebaikan,Itu Adalah Mulia Dan Terpuji."

Ads code


I made this widget at MyFlashFetish.com.