..hidup utk berbakti..

Monday, August 24, 2009

salam ramadhan kareem...

alhamdulillah...ramadhan tiba dan eyjaz dapat bertemunya lagi...rasa sayu..mcm2 lagi..eyjaz sgt berharap agar diri jaz bertambah baik dari yg lepas2...agar hati jaz bersih dan suci dari sbrg perasaan su'uzdzon...dari sebarang perkara dosa..dari perasaan hasad dengki dan cemburu manusia..
ramadhan kali ni memberi makna yg mendalam pada eyjaz..eyjaz yg semkin berusia..semakin banyak cubaan dan dugaan dunia akan jz harungi... jz gembira ramadhan ni sbb abang balik malaysia hr 1st ramadhan dan dapatlah kami berbuka bersama di hari pertama ramadhan...3 tahun dah..kali ni dpt jugak mengadap dia, hehe,,,..menghilangkan rindu kami semua..ape2 pun, sama2 lah kita cuba untuk berubah di bulan ini dan seterusnya sampai bila2..jaz juga berdoa semoga ramadhan kali ni bukan ramadhan yg terakhir untuk jaz...amiinn...

kepada semua shbt2, selamat berpuasa dan beramal diucapkan..
semoga kita temui sesuatu yg berharga didalam nya...

Friday, August 14, 2009

OPKIM PERMANIS 2009, Kg. Siliau, Rantau, N9

Alhamdulillah, Program Operasi Khidmat Masyarakat ( OPKIM ) anjuran Exco Luar dan Alumni PERMANIS UKM telah berjaya dilaksanakan di Kg Siliau, Rantau, N9 pada 7-9 Ogos 2009.. program ini berjalan dibawah kendalian pengarah berwibawa Saudari Hanis Izza Fatiha Md Isa..ia dibantu oleh barisan ajk yg terdiri dari exco2 PERMANIS sendiri..byk pengalaman berharga sepanjang program ini berlangsung..OPKIM ini dilaksanakan adalah bertujuan memberi peluang kepada mahasiswa untuk merasa sendiri kehidupan desa seperti menorah getah, menjala ikan dan sebagainya.mahasiswa juga digalakkan berbakti kepada masyarakat melalui aktiviti gotong royong... ada juga aktiviti lain seperti demonstrasi adat perkahwinan n9, malam berianai, menjala, menoreh getah, demonstrasi masakan tradisional, kraftangan, bla bla bla...semua aktiviti ini dirancang khas dengan kerjasama pihak Homestay Kg. Siliau...sekian dulu...hehehe..

Wednesday, August 5, 2009

MALAM NISFU SYA'BAN...

Membaca Yasin 3 Kali Di Malam Nisfu Sya’ban
Membaca Yasin 3 Kali Di Malam Nisfu Sya’ban
Dimasukkan oleh IbnuNafis
Label: Soal Jawab Perkara Khilafiyyah

Jawapan dari Ustaz Abdul Kadir Al Jofree :

Para ulamak kita di tempat lain (di Mesir, beberapa tempat di Saudi, Yaman, Siria, Nusantara, dan lain-lain) kebanyakannya tidak bersetuju dengan fatwa tersebut. Oleh kerana itulah amalan beramai-ramai pada malam Nisfu Sya’ban ini dilakukan oleh para ULAMA’ zaman berzaman di merata tempat sejak zaman salaf lagi.

Di bawah ana nukilkan tulisan Sidi Abu Muhammad pada menceritakan Nisfu Sya’ban dengan jelas dan adil ya…

Adapun kelebihan Malam Nishfu Sya’baan itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam yang maksudnya :

“Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya’baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)

Di Malam Nishfu Sya’baan juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Berkata Imam asy-Syafi`ie dalam kitabnya al-Umm:
“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya `Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya’baan.”

Malam Nishfu Sya’baan merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta`ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu di atas.

Adapun cara menghidupkan Malam Nishfu Sya’baan sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi shallallahu `alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi`in dari penduduk Syam. Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah,
bahawa para tabi`in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma’dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nishfu Sya’baan. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.

Para tabi`in tersebut menghidupkan Malam Nishfu Sya`baan dengan dua cara:

* Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

* Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nishfu Sya’baan dengan membaca Al-Quran seperti membaca surah Yaasiin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi`in itu.

Berhubung dengan persoalan sholat khas Nishfu Sya’baan, maka berlaku khilaf antara ulama kita, ada yang mensabitkannya seperti Hujjatul Islam al-Ghazali dan ada yang memandangnya sebagai bid`ah yang keji. Khilaf berlaku pada pengkhususan sholat yakni memandang adanya satu sholat khusus malam tersebut seperti tarawih atau sholat hari raya. Untuk keluar dari khilaf bagi sesiapa yang hendak bersholat, maka lakukanlah sholat-sholat sunnat seperti sunat Awwabin (di antara waktu Maghrib dan Isya`), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang sunat muthlaq . Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nishfu Sya’baan atau pada malam-malam yang lain.

Sedikit tambahan lagi:

Amalan-amalan ini merupakan teknik yang pelbagai dalam menyampaikan dakwah oleh para ulama silam yang amat pakar dalam menyampaikan dakwah mereka ke seluruh pelusuk dunia. Adapun teknik-teknik amalan yang dilakukan oleh sesetengah pihak bergantung kepada para ulamak yang mengajarkan dan kepada siapa diajarkan. Semuanya adalah dibenarkan selagi mana tidak melanggar syara’. Samaada hendak solat sunnah, berzikir atau membaca Al-Quran bergantung kepada kemampuan individu.

Perkara-perkara ini tidak patut sama sekali diperselisihkan atau ditentang. Biarlah manusia lain ingin beramal sedanyanya tanpa kita sibuk menutup jalan-jalan kebajikan ini. Apapun perkara ini adalah dalam batasan perselisihan yang dibenarkan oleh syara’. Berlapang dadalah jika pihak lain tidak bersetuju dengan kita, selagi mana menjaga akhlak Islam.

Malang sekali jika perkara-perkara besar dalam masyarakat tidak dihiraukan, tetapi kita lebih suka membicarakan adakah boleh melakukan amalan pada malam nisfu Sya’ban atau tidak. Tetapi, kita lebih risau jika digolongkan di kalangan mereka yang menentang apabila perbuatan makruf dilakukan, manakala apabila perbuatan mungkar dilakukan, duduk diam sahaja tidak endah. Na’udzubillah min zalik. Inilah akibatnya jika tidak mempunyai kefahaman jitu dalam ikhtilaf serta ujub dengan diri sendiri dalam ilmu yang dimiliki.

Semoga kita sama-sama dapat menggarap kemuliaan malam Nisfu Sya’ban yang menjelang. Semoga Allah menggolongkan kita di kalangan mereka yang mendapat pengampunan dan rahmat-Nya pada malam tersebut. Amiin

SUMBER : http://pondokhabib.wordpress.com/2009/08/04/membaca-yasin-3-kali-di-malam-nisfu-syaban/

Renungan..

Jika Kejahatan Di Balas Kejahatan, Maka Itu Adalah Dendam.Jika Kebaikan Dibalas Kebaikan Itu Adalah Perkara Biasa.Jika Kebaikan Dibalas Kejahatan, Itu Adalah Zalim.Tapi Jika Kejahatan Dibalas Kebaikan,Itu Adalah Mulia Dan Terpuji."

Ads code


I made this widget at MyFlashFetish.com.