..hidup utk berbakti..

Monday, November 11, 2013

NKI SABK 2013

Bismikallah.. Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. setelah empat hari berkampung di PLKN Kem Seri Perkasa Mantin ( 8-11/11/13 ) akhirnya Nadwah Kepemimpinan Islam SABK 2013 melabuhkan tirainya tadi.. Tahniah kpd BPI KPM, SPI JPNS, pihak urusetia, barisan fasilitator, para pelajar yg menyertainya, serta semua pihak yg terlibat menjayakannya.. Semoga perhimpunan ini memberi impak dan manfaat yg berguna untuk semua.. terima kasih juga kpd semua yg sudi memberi tunjuk ajar kpd diri yg kurang ilmu dan pengalaman ini..bersama anda semua adalah memori terindah buat saya ^_^ ..mohon maaf andai terlajak kata, terlanjur bicara, terkasar bahasa dan termasam muka dengan sesiapa.. tiada niat untuk mencederakan hati sesiapa.. :) Salam Ukhwah.. smg berkekalan smp bila-bila.. amin.. inshaa Allah..












Tuesday, November 5, 2013

Pengalaman .. Cuba melihat dengan mata hati..
















Bismikallah.. Hamba yg hina memohon ampun dan hidayah.. moga tangan yang menaip tidak menambah dosa yang sudah sedia ada.. 

Alhamdulillah.. hari ini sy kembali ke Bandar Baru Serting.. utk meneruskan tugas mcm biasa, sebagai seorang da'ie di SMKBBS.. esok kembali masuk bertugas.. berjumpa permata2 hati.. bertemu rakan2 sekerja yg baik2 dan ceria sentiasa.. ^_^ alhamdulillah.. ( rasenye xde la lama sangat x g sekolah..seminggu je kot..hehehe..tp rindu semacam pulak :P ) Tadi jumpe anak murid dan dia pun tanye : ustzh, kenapa ustzh dah lama xdatang sekolah? sy jawab : sy g kem la..sebelum tu g kursus.. dia jawab : sy tahuuu.. saje je tanye ( denganmukeselambe ).. hehe..

Saje nak menaip..ntah kenape seminggu dua ni rase rajin pulak tangan ni nak menaip kat blog..padahal, hujung tahun la masa paling bizi kan.. ^_^.. pastu, ini baru catatan ke-4 sy tahun ni..punyalah bizi tahun ni.. :P ( bkn bz sgt pun, saje je..terlupa nak b'blog sementara )..cuma, pengalaman sy menjaga adik di wad PPUM baru2 menyebabkan sy rasa gatal tangan nak menaip lagi.. saje.. kalau dulu, 18 tahun yg lepas sy yang duduk di wad dijaga, waktu ini pula sy yg menjaga org di wad.. skrg baru sy faham... :)

Antara pengalaman yg menarik sepanjang sy berada di sana ialah berkenalan dengan pesakit2 yg sama wad dengan adik sy, terutama aunty Mary berada di katil sebelah, dan nenek Azizah kat katil depan..hari pertama dah mcm2 terjadi..hehe..

Aunty Mary yg baik hati dan peramah sgt suka berbual dan bertanya itu dan ini.. yg sy terharunya, dia bg sy purse.. ( sy punye purse mmg dah buruk dan dah lama sy berhajat nak beli.tp asyik xbkenan je n terlupa nak beli ).. huhu.. sy xnak tp dia suruh jgk ambil.. ambik jela kan.. katanya, mmg sesuai sy pakai purse tu sbb sy dah kerja..huhu.. pastu asyik nak bg makanan yg dia xnak makan..almaklum la mknn hospital kan 'sedap'..hehe..dan membuatkan sy tersenyum ialah, dia bg sy nama baru..dia panggil saya AIDA.. adoi aunty ni..aida pun aida la.. susah nak panggil ADA katanye..dalam henset dia pun dia buh aida jgk.. alahai aunty.. ikut aunty la.. dia suka mengusik adik sy..hehe.. waktu hari terakhir di sana, bila sy salam dia, dia peluk dan cium kedua2 pipi sy dgn bersungguh2 sambil cakap 'sayang nii'..xpernah ade chinese buat sy mcm tu sebelum ni.. nak nanges plak rase bila berpisah.. family dia pun baik2 dan peramah2..sy jg berkenalan dgn pembantu rumahnya yg bernama Bika..Bika bawak banyak komik Lawak Kampus..ape lg..sy n adik tumpang sekaki la..penat tergelak sensorang sambil bace lawak tu..huuu..bika pun pandai melukis..smbil jaga aunty, klu xde kerja, dia melukis..cantik..sy suka tengok lukisannya.. ^_^

Nenek Azizah pulak didepan katil adik sy.. bila anak2/cucu nenek xde, sy yg menolong bawak nenek ke tandas.. pernah sekali tu, subuh2 nenek bangun sendiri dan pergi ketandas tanpa wheelchair..terperanjat sy.. bila xda org jaga dia, sy suka duk kat tepi katil dia dan dengar dia bercakap..dia nak mengadu sesuatu..kita dengar la dan cuba memahami..orang tua kan...mcm tu la..anak2 dia semua dah kawin..cucu2 dia pun dah besar..segan pun ade klu fmly dia dtg melawat..hehe..suke benau anak dia mengusi sy pasal jodoh..dia tanye 'ustazah pilihan nak tunggu imam muda ke... ' haha..sy jawab: xde lah.. xpernah terfikir smp kesitu pun.. :P..nenek hanya senyum dan setuju je..nenek mmg seorang yg tabah..tp nenek banyak pendam sakit dia dr pengetahuan anak2..bila anak dia dtg, sy tengok nenek nangis..sy pun sebak jgk..huu..hr terakhir sy salam dengan nenek, pun nenek nangis..nenek suruh doakan dia cepat sembuh.. sy doakan nenek cepat sembuh..amin..ape2 pun, cucu nenek sume comel2, terutama KASIH... ^_^ 

Disebelah katil nenek pulak, ade seorang perempuan Myanmar..sy xpernah dengar dia bercakap bahasa melayu, tetapi suami dia pandai ckp melayu.. terharunya sy tengok.. suaminya menjaga siang dan malam..duduk disisi dengan setia.. bagus betul..dpt suami cmtu best jgk..hehe..tp xboleh la yg beramah mesra kan..suami org kot..kang xpasal2 je bini dia marah..haha..sweet je tengok kapel tu..isterinya itu wajib bersyukur kerana suaminya menjaganya dgn penuh sabar..dengan isterinya yg xboleh bergerak dan tidak boleh ketandas..pakai pampers..mcm2 suaminya uruskan..nampak muda lg.. mungkin awal2 30-an kot..semua jiran2 adik sy ada masalah spine jgk, iaitu tulang belakang..

Kemudian sy berkenalan dengan student2 nurse yg banyak membantu..yg baik2..yg comel2..yg peramah dan mengambil berat.. sy suke juga berborak dgn diorang.. klu diorang tanye ape2, rase nak loyar buruk je.. diorang tanye pasal keje, pasal kawin, pasal umur, pasal pakwe.. mcm2.. nak pinjam bace komik pun ade.. bila cakap umur, xcaye..bile bgtau xde pakwe, xcaye.. bile tanye keje ape, malas nak bgtau.. dah semua xnak percaye, hehe.. ain, anis, hidayah thanks..sekadar menyebut beberapa nama..terima kasih semua..semua attendant, tukang hantar makanan, nurse2, ketua jururawat lagi.. adik sy dapat hadiah buku 'LA TAHZAN' dari ketua jururawat..terharu betol..alhmdulillah..dia mndapat layanan yg baik dr semua Doktor2, nurse dan semua pihak d PPUM.. alhamdulillah..

Pengalaman lain ialah tidur di atas kerusi malas, dengan suhu yg sejuk..serius sakit badan..hr pertama sy pakai 2 lapis baju..tidur pakai stokin.. hari kedua, sy pakai 3 lapis bju dan jaket, dengan 2 lapis stokin.. bukan mlam je, tp siang pun sy pakai stokin 2 lapis.. xtahan btol sejuknya.. dah la sy ni mmg xtahan sejuk...duk kuartes pun sy pasang kipas 1 je..maksimum 2 kalau tengahari panas sangat..ni kt hospital ni masya Allah suhu aircond nya xtahu brape.. sabar jela.. lg 1 makanan.. mmg betul la org kate..makanan kt hospital same je.. xde rase.. sedap lg makan nasi putih dengan ikan goreng..adik sy xnk makan, sy yg makan makanan dia.. sy ni xde la kisah sgt pasal rase.. fikir kan je mknn tu sedap, pastu telan.. nyam3..hehe.. keje makan jela sy kt PPUM tu..mengunyah smbil bace komik..bawak roti, kerepek, asam siap2.. hehe.. solat pulak xde masalah sbb surau dekat je..toilet pun dekat jgk..senang adik n pesakit lain nk guna toilet..

Begitulah sedikit sebanyak pengalaman sy di sana.. sy menaip di blog dengan harapan sy xkan lupa kenangan manis yg tercipta..ukhwah yg Allah nak bg xkira di mana2..inshaa Allah.. kisah hidup manusia lain yg pelbagai, xsama dengan kita, menjadikan kita seorang yg berfikir tentang kekuasaan Allah.. itu yg kita mahu.. smg sy mengambil iktibar dari apa yg sy lalui sepanjang sy menjaga adik di wad 8U otepedik..amin.. inshaa Allah.. :) ^_^


Sunday, November 3, 2013

Segenggam Tabah diperlukan tatkala Sesekali Diuji .. Alhamdulillah..


Bismikallahumma Ahya wa Amuut...dengan nama Allah yg menghidupkan dan mematikan..

Alhamdulillah.. syukur kerana Allah masih memberi sy peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini.. jam sekarang menunjukkan angka 11.33 p.m.. sy di PPUM ( Pusat Perubatan Universiti Malaya ) menemani adik sy yang ke-6 di ward 8U bed 22 yg baru selesai pembedahan tulang belakang kerana menghidap Scoliosis ( ni dah minggu ke-2 dia kat wad..xboleh keluar lg..).. penyakitnya dikesan sewaktu dia brumur 16 tahun.. skrg dia sudah berumur 19 tahun.. hampir 4 tahun menunggu, alhamdulillah akhirnya pembedahan selamat dijalankan pada 22/10/13..

Menceritakan detik awal apabila kami sekeluarga mengetahui tentang sakit yg di alaminya, perasaan sy jd tak tentu arah.. sy berfikir panjang.. waktu tu sy masih d UKM.. sy memikirkan apakah keadaan dan nasib yg bakal adik sy hadapi di masa akan datang.. dia masih muda.. sy menangis.. sy tak tahu nak mengadu pada siapa.. sy tak pasti adakah patut sy memberitahu pada teman2 rapat sy.. tp itu semua tak berlaku kerana sy seorang yg sangat2 suka menyimpan perasaan dan memendam sendirian.. mungkin belum masanya.. sy cuma mampu berdoa pada Allah agar adik sy dipermudahkan urusannya.. tidakpernah selepas solat sy terlupa utk berdoa pada Allah agar di beri jalan terbaik dan mengurangkan beban sakit yang ditanggungnya..

Setelah sy tamat belajar, keadaan adik sy semakin teruk.. waktu ni sy mula mnceritakan pasal adik sy kpd beberapa teman rapat.. tp x la ramai.. adik sy mengalami perubahan dalam banyak perkara..kalau dulu tulisannya yg cantik dan kemas selalu dipuji, tapi nampaknua itu semua tiada lagi.. kesan dr tulang belakangnya, sendi2nya juga telah mula membengkak.. tangannya membengkak.. dia hilang upaya untuk memegang.. untuk menulis lama, untuk menyuap, utk menggenggam sesuatu.. waktu tu adik sy didaftarkan perubatannya dibawah HUKM.. disebabkan dia akan menduduki SPM dan hukm yg jauh mnyukarkan walid utk membawanya kesana, rawatan alternatif dicuba.. appointment dgn doktor d HUKM tidak diteruskan..kami berjumpa dan berubat dengan ramai ahli perubatan lain.. ada yg berjaya menyelesaikan masalah sendi, tp tidak pada masalah tulang..kerana itu berkait.. xtahu berapa yg sudah habis utk mendapatkan perubatan yg terbaik bg dirinya.. syukur pada Allah kerana mendidik jiwa kami sekeluarga agar tabah dan tetap berusaha..

selepas SPM.. adik sy berjaya menempatkan dirinya di KISAS.. kami bersyukur..kerana adik sy berusaha yg terbaik walaupun dirinya menanggung sakit semasa menghadapi SPM.. sebenarnya adik sy layak untuk memohon untuk diberi masa tambahan bg menjawab SPM atas sebab sakitnya, tp dia tidak mahu dan mahu mencuba mnjawab sama seperti rakan2 lain...

Di Kolej Islam, keadaan semakin teruk.. dia yg tinggal diasrama telah menyebabkn fikiran sy jd risau.. di asrama, dia tinggal didalam bilik yg asing dari kwn yg lain..pihak kolej memberi keistimewaan utk dirinya tinggal di tingkat bawah.. dia jg tidak pergi prep..apabila ke sekolah, kwn2 yg baik banyak membantu membawa barang2 keperluannya.. adik sy selalu sakit2 dan tidak hadir kesekolah.. apabila tidak sihat, dia hanya terbaring di asrama.. katanya, biasanya setiap minggu mesti 2 atau 3 hari dia tidak hadir disekolah.. dia tidak boleh menggenggam..dia tidak boleh membawa barang yg berat2..dia tidak boleh berjalan atau duduk lama2.. semua itu merunsingkan sy.. apabila dia bercuti dan pulang ke rumah, dia dalam keadaan yg tidak sihat dan membimbangkan.. tidur di sebelahnya menyebabkan sy menangis sendirian apabila terdengar dia asyik mengaduh apabila kesakitan.. saya mengalihkan pandangan sy dan mengiring menghadap arah lain dengan airmata yg tak tertahan..Allah..sy merasa sgt2 sedih dan memohon pada Allah agar di kurangkanlah kesakitan yg diterimanya itu..wktu itu sy terfikir kalau lah boleh sy ambil sedikit rasa sakitnya supaya dia boleh tidur dengan selesa.. keadaan ini terbawa2 ke tempat kerja..sy asyik teringat dan menangis sorang2..

Sy asyik terfikirkannya..sy menanam tekad utk berusaha agar dpt membantunya.. sy perlu kumpul duit utk membantu pembedahannya..sy kumpul maklumat..sy tanya orang itu da ini yg pernah melalui pembedahan yg sama, termasuklah puan saadah dan pemilik al-Birru..akhirnya, kami sepakat menetapkan tempat yg baru untuk adik berubat semula iaitu d PPUM..Setelah kami sekeluarga berbincang, dengan persetujuan adik sy, dia menangguhkan pengajiannya di Kolej Islam untuk menerima rawatan dengan lebih teratur.. agak payah sebnarnya keputusan ini di buat.. tp tidak pernah ada niat lain dalam hati kami semua melainkan untuk melihat adik sy sihat dan ceria seperti biasa..

Setelah semua pahit manis ditempuh, walid,umi,kami adik beradik berulang2 membawa dan menemaninya setiap kali berjmpa doctor, akhirnya tarikh pembedahan ditetapkan.. Alhamdulillah dengan bantuan Alumni KISAS yg banyak membantu di saat2 akhir, semuanya telah dipermudahkan oleh Allah.. thanks jugak kat  Abang yg selalu drive berulang alik membawa kami apabila kami nak melawat ct di wad dan apabila kami nak tukar2 shift jaga ct..yang sanggup ambil sy disekolah dan hantar di ppum sedangkan dia pun mengajar jg.. thanks..wlpn adik sy belum sihat sepenuhnya dan masih di wad lg, tp sy sangat bersyukur kepada Allah kerana Ujian ini menjadikan diri sy insaf.. sy masih lg menatap wajah adik sy ini yg sedang tidur..wajahnya berkerut mungkin sbb masih ada sisa2 sakitnya kesan pembedahan.. tp sekurang2 dia tidak mengeluarkan suara mengaduh yg memilukan hati.. sy berdoa pada Allah agar dia cepat sembuh seperti biasa..

sy walaupun hanya seorang kakak, sy selalu marah adik sy bila dia xnak dengar cakap, tp sy xpernah fikir apa sy buat adalah untuk keburukkannya.. sy hanya mahu adik sy jd yang terbaik..dapat yang terbaik.. kepada adik sy siti hajar bt mohd nidzar ( kalau terbaca), kak ngah mtk maaf klu kak ngah ade buat silap dekat ct..cakap yg menyakitkan hati ct.. tp kngah buat semua yg kngah mampu utk tengok ct sihat, senyum, jd yg terbaik.. mgkin kadang2 kita emosi, tp kita cuba utk fikir positif..

Kepada semua yg selama ini memahami dan cuba utk meredakan tangis dalam hati sy, sy ucapkan jutaan terima kasih yg tidak terhingga..yg memahami renungan mata sy - kerana tatkala lidah xmampu berbicara kuasa mata menceritakan segalanya.. terima kasih krn sangat sabar mendengar luahan hati sy.. sangat setia memujuk dan meniupkan kata semangat serta membantu meringankan beban yg xnampak dek mata, tetapi terpikul di lubuk hati paling dalam.. ( kawan2 baik, guru2 SMKBBS, ALKIS dan semua yg tahu..) hanya Allah shj yg dapat membalas jasa kalian.. terima kasih sekali lg.. sesungguhnya airmata yg mengalir skrg adalah airmata terharu, syukur dan gembira.. Allah...

Sekian dulu catatan ringkas tengah malam ikhlas dari hati yang mengharapkan agar Allah memberkati dan merahmati hidup sy dan keluarga sy..amin...

p/s : perjalanan hidup mmg kita xpasti, tp janji Allah itu PASTI..






Renungan..

Jika Kejahatan Di Balas Kejahatan, Maka Itu Adalah Dendam.Jika Kebaikan Dibalas Kebaikan Itu Adalah Perkara Biasa.Jika Kebaikan Dibalas Kejahatan, Itu Adalah Zalim.Tapi Jika Kejahatan Dibalas Kebaikan,Itu Adalah Mulia Dan Terpuji."

Ads code


I made this widget at MyFlashFetish.com.