..hidup utk berbakti..

Sunday, November 14, 2010

Nasyid Kenangan..Pengorbanan dalam Perjuangan..


Album : Antara 2 Cinta
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com

WAHAI PARA MUJAHID ( clik here to listen this nasyeed )

Wahai para mujahid maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran
Korbankanlah harta sekalipun jiwa raga
Teguhkan keyakinan teruskanlah perjuangan

Wahai para mujahid janganlah terpengaruh
Ujian nikmat hidup duniawi
Biarpun ianya begitu indah
Namun hanya sementara

Memang berjuang itu terkorban
Kerana kita berjuang untuk berkorban
Itulah asam garam perjuangan
Syarat mendapat cinta Allah

Wahai para pejuang kebenaran
Suburkanlah semangat juangmu

Setiap masa sepanjang hayatmu
Dengan irama hiburan ini

Tempuhilah penderitaan
Di dalam perjuangan
Kerana itu adalah penghapus dosamu
Berjuang kerana Ilahi
Walaupun sedikit tetap kan dinilai
Sebagai amalanmu yang soleh

Lagu : The Zikr

Nasyid rasmi sewaktu sy,kakak n abg di Pondok Moden Islam As-asyafi'e , Klang.. darjah 4 wktu tu..tmpat yg byk kenangan buat kami, terutama abg ..alhmdulillah ..kami bertiga berjaya kemenara gading.. syukran smua guru n kwn2 yg pernah bsama kami disana.. nasyid ni buat sy tersenyum bila kenangan mula terimbau.. nak menitis airmata pun ade..nasyid wajib utk perhimpunan, pjumpaan, sblum kuliah subuh d sbgnya.. dinyanyikan dgn penuh smgt.. ade zuuqq.. lagi satu nasyid pe ea..lupe pulak.. ape2 pun, sy suka nasyid ni.. sy menyimpulakan bahawa...

BERKORBAN DALAM BERJUANG ADALAH WAJIB KERANA IA SYARAT UNTUK MENDAPAT CINTA ALLAH..


Saturday, November 13, 2010

Siapa Kita???


Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

JUSTERU, SIAPAKAH SAYA??SIAPA KITA????? mari kita muhasabah...

Renungan..

Jika Kejahatan Di Balas Kejahatan, Maka Itu Adalah Dendam.Jika Kebaikan Dibalas Kebaikan Itu Adalah Perkara Biasa.Jika Kebaikan Dibalas Kejahatan, Itu Adalah Zalim.Tapi Jika Kejahatan Dibalas Kebaikan,Itu Adalah Mulia Dan Terpuji."

Ads code


I made this widget at MyFlashFetish.com.