..hidup utk berbakti..

Tuesday, October 5, 2010

.. Melangkah PadaMu .. ya Allah ..

Langkah Tercipta

Album : Langkah Tercipta
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu..

P/S :semoga diri ini menjadi seorang yg positif dalam setiap dugaan yg dilalui..ingatkan diri..' sekiranya aku kesedihan dan kesukaran meneruskan perjalanan kerana kasutku yg koyak rabak, maka ada orang lain yg lebih sukar meneruskan perjalanan hidupnya tanpa kasut dengan kaki yg mengalir darah..jika ia terus melangkah, mengapa aku tidak???' serikan hidup dan damaikan hati dengan bertenang, tersenyum dan berzikir...=) yoshh!! impian hampir terlaksana jika ' LANGKAH TERUS TERCIPTA ', insyaAllah...

Saturday, September 25, 2010

Prasangka itu RACUN dalam jiwa..


BISMIKALLAH...

Sbnrnya, sy menulis adalah selalu berniat utk tazkirah pd diri sy...spy sy kuat utk berubah dan memegang kata2 sy.. kali ini tentang PRASANGKA... SUU UZZON..sy amat mmbenci prasangka buruk org terhadap sy...makanya, sy perlu berusaha agar semua org tidak menyangka bukan2 pd sy.. sy juga, wajiblah mmbuang segala prasangka yg tidak elok yg pernah wujud dlm diri sy terhadap orglain...sy menulis ini kerana perkara ini semakin kerap berlaku dikeliling sy kebelakangan ini..yg hampir dgn sy mgkin mengetahui..

definisi 'prasangka buruk' yg sy faham ialah :

PRA : awal
SANGKA : sangkaan/agakkan
BURUK : yg tidak elok

digabungkan, maka jelaslah bahawa ia mmbawa makna, sangkaan awal yg negatif trhdp ssuatu..sedangkan, ianya hanyalah sangkaan, bukan kebenaran.. inilah SUU UZZON..jika ia haqiqah, maka ia tidak lagi disebut 'sangkaan..zaman sekarang, perasaan 'PRASANGKA' itu sndiri membawa maksud yg tidak elok, yakni sama dengan berprasangka yg bukan2...seperti dalam ayat Rabbul Jalil (surah Al-Hujurat :12) :
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ
الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا


Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain...

Bukan mengatakan diri ini terlalu suci smpai tidak pernah brprasangka..ia juga selalu terdetik dihati insan lemah imannya ini..inilah tazkirah utk hati sy yg lemah..jiwa sy yg tidak kukuh..ia terjadi sndiri dalam diri sy.. sy telah menyangka yg bukan2 terhadap org yg paling hampir dgn sy, yakni qarib dengan sy ,setelah mndengar satu pihak berbicara tentang dia.. smpaikan sy menangis2 memikirkan apakah benar yg sy dengar itu..sy jd gundah..kerja sy tidak terlaksana dengan baik.. akhirnya sy memutuskan utk berbicara terus dengannya, bersemuka dan bertanyakan sendiri...setelah berjumpa, ternyata ia tidak benar.. dia berterus terang dan meluahkan rasa sedih atas tuduhan itu..dia bingung kenapa khabar itu boleh smpai pd sy sedangkan org yg mengkhabarkan itu, dekat dengannya tetapi tidak berbincang atau bercakap apa2 padanya..menangis sy memeluk bahunya memohon maaf kerana mencurigainya..sy menangis memikirkan kejahatan hati yg telah memikirkan bukan2 tntang dia.. krn hati sy mmg mmpercayai dia..sy marah kpd org yg menyampaikan bukan2 tntang dia ( mahupun org yg mengkhabarkan adalah org yg qarib juga, dan boleh dipercayai )...bg sy, jgn lah mengatakan sesuatu yg tidak elok tntg seseorang itu selagi tidak mensahihkan haqiqah.. mahupun ia benar, tidak patutlah diheboh2kan..sewajarnya, sekiranya kita nmpak atau rasa perbuatan seseorang itu tidak elok, bertemu dgnnya, nasihatinya, sayanginya dengan hikmah, berbincang dengannya, berikannya penyelesaian kpd segala musykilah...bukan bertanya atau cuba2 mmburukkan kpd org lain.. tp, yg slalu terjadi mmg begini..samada sedar atau tidak..

tp mmg prinsip sy, sekiranya prkara yg penting, maka sy tidak akan percaya selagi belum mndengar dan berbincang sndiri dgn org yg 'diperkatakan'.sy mmg boleh mndengar org2 kata itu dan ini, tp ia biasanya lenyap begitu sy tnpa sy memikirkannya lagi..tp, kalau smpai hati sy merasa tidak sedap, maka sy jd xtenang..sy xkan diam..kerana ia melibatkan hidup dan mati sy..masa depan sy.. kalau perkara lain, maka sy akan mmbiarkan ia berlalu..sy tidak akan ambil kisah..sy tidak mahu mmikirkannya dan tidak pnting pun utk sy berterusan memikirkan keburukan orglain..hanya menambah dosa..

Sesungguhnya keburukan prasangka itu sangat jelas..memecahbelahkan hubungan silaturrahim yg terjalin sesama manusia...didalam keluarga,di lingkungan kerjaya, didalam masyarakat, mahupun persahabatan.. malahan, ada yg berprasangka buruk pada PENCIPTA nya...masya Allah..smg kita dijauhkan..dimana2 saja bila wujud prasangka, maka keamanan akan lari menjauh...prasangka mnjadi sebab tiada lagi kasih syang dan cinta dalam diri manusia...ia menjadi vanish penghapus yg sangat berkesan utk menghilang keamanan dan ketenangan jiwa.. jika kita selalu melihat seseorang itu tenang walaupun ditimpa musibah yg sgt hebat, itu bermakna tiada prasangka dalam jiwanya, terutama kpd TUHANNYA...kerana sgt redha dan bersangka baik terhadap Allah..yakin bahawa musibah itu adalah hadiah dari Allah utk dirinya..menyedari musibah adalah salah satu proses tazkiah dari dosa2 yg pernah dilakukan.. ( smg kita tergolong didalamnya, amiinn..)

menurut sy, prasangka adalah miftah kepada syaitan utk terus merasuk dan menguasai jiwa, minda manusia.. jika kita tidak cuba mencegahnya, maka ia akan sebati dalam hati, lantas mnjadikan seseorang itu mudah brprasangka dgn org lain...suka menyalahtafsirkan perbuatan org lain..jadi sukar utk husnuzzon...seorang yg slalu husnuzzon dgn manusia adalah yg slalu HUSNUZZON DGN ALLAH..

Bagaimanapun, memang ini realiti zaman sekarang. Bertepatanlah dengan Sabda Rasulullah tentang perkara ini ,menurut riwayat At-Tabrani :

عَنْ حَارِثَةِ بْنِ النُّعْمَان قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
ثَلاَثٌ لاَزِمٌ ِلاُمَّتِى : اَلطِّيَرَةُ وَالْحَسَدُ وَسُوْءُ الظَّنِّ

"Dari Haritha bin an-Nukman berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Tiga perkara yang sentiasa ada pada umatku: Kepercayaan sial. Hasad dengki. Prasangka.


فَقَالَ : وَمَا يُذْهِبُهُنَّ يَارَسُوْلَ اللهِ مِمَّنْ هُنَّ فِيْهِ ؟
Beliau bertanya: Apakah yang boleh menghilangkan dari itu (semua) wahai Rasulullah bagi sesiapa yang telah ada pada dirinya perkara-perkara tersebut?

قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِذَا حَسَدَ فَاسْتَغْفِرِ اللهَ وَاِذَا ظَنَنْتَ فَلاَ تُحَقِّقْ وَاِذَا تَطَيَّرْتَ فَامْضِ
Baginda bersabda: "Apabila berhasad dengki mintalah ampun, apabila berprasangka janganlah diteruskan dan apabila mempercayai tataiyur hendaklah dihapuskan". (H/R at-Tabrani.)

Inilah panduan dari Nabi s.a.w.. segalanya telah jelas, terpulang pada kita utk mengawal diri kita dalam berprasangka. Tidak salah berprasangka, ttp berprasangka BAIK lah..sekiranya kita diduga mengenai kesahihan atau kepercyaan, maka bertindaklah mengikut cara Rasulullah...semua terletak dalam jiwa kita...marilah sama2 berdoa, agar hati kita sentiasa terpelihara..sentiasa terjaga..sentiasa bersih dan berlapang dada meskipun byk musibah dan mehnah yg trpaksa kita lalui utk mndapaatkan hidayah, sekaligus mmperoleh redha Allah...sekranya kita tidak mdpt sokongan atau pertolongan manusia utk mendapatkannya, cukuplah Allah sebaik2 tempat pergantungan dan menanam harapan, insyaAllahu Taala minal aminin...

Sunday, September 19, 2010

RAMADHAN YG PERGI..

Bismikallah... hamba yg hina mohon diberi hidayah dan keampunan dlm setiap hembusan nafas..dlm setiap kata-kata...dlm setiap tindakan...

alhamdulillah...hr ni dpt lagi sy mengadap internet ni..hehe..bukan hr2 sebelum ni xdpt..dpt..tp xmenaip je...rase nk berdiam diri sekejap..sempena ramadhan yg dilalui...rase sebulan lebih jugak la xmenaip blog..usang je rase..saje xnk terlalu beria2 ketika ramadhan..utk menceritakan betapa tingginya harapan sy utk ramadhan kali ni...smg sy dpt sesuatu yg baru..begitu juga syawal..ternyata, apa yg sy doakan..apa yg sy harapkan telah dimakbulkan Allah...subhanallah... ramadhan kali ni berkali ganda ketenangan dan penghayatan sy padanya berbanding tahun sebelum ini..sy merasakan berkat ujian yg telah Allah timpakan pada sy mnjadikan hati sy semakin kuat..hati sy smakin tenang..wlpn kdg2 ada lg ujian yg cuba dtg mengganggu dan menggugat redha yg sy cuba semaikan dlm hati...sabar yg cuba sy pupuk dalam jiwa..tp smua itu...sy cuba lalui dgn tenang..syukran kluarga dan shbt yg memahami..xjemu mmberi kata motivasi..


bukan mahu meninggi diri mengatakan sy seorng yg bagus atau hebat..tp ramadhan kali ini mmberi banyak sekali ilmu2 baru ( bukan ilmu baru, ilmu lama, cuma amalannya yg baru..sbb telah terlupakan..astaghfirullah..)..sy telah banyak mengaplikasikan ilmu2 sy slama sy blajar dikuliah sebelum ini..(terutama ilmu dhabt,fawasil dan tajwid..)syukran alaik kpd bos tmpt sy mngjr skrg...krn mmberi sy satu tmpt lindung yg dingin..yg indah sekali..yg nyaman..yg didalamnya ada hati2 yg baik..wlpn ahli2nya tidaklah bijak atau hebat2..ttp semuanya dpt sy lihat sbg seorang insan yg sgt2 ingin belajar..byk bertanya tntg agama..sudah tntu tggjwb sy utk menerangkan perkara yg telah sy pelajari..bila sy tidak faham atau musykil,sy hubungi ustaz dan sahabat yg lebih arif..sy rasa bersalah bila tidak dpt menyelsaikan permasalahan agama yg diutarakan kwn2 sy..teruknya sy..=(

bila sy didalam tmpat ini, berat skali tggjwb sy..sy mnjd rujukan..sy tmpat pertanyaan..sy kena menerangkan..rupa2nya, ramai kwn2 sy slalu musykil dgn banyak perkara..inilah yg mmg patut sy hadapi bila sy bergaul2 dgn org2 yg kurg pndidikannya tntg agama..yg dahagakan ilmu agama..sy smakin menyedari kecetekan ilmu2 sy..cuma setitis dari lautan yg luas..masyaAllah..sy smakin mgkaji ilmu2 yg pernah sy pelajari yg slama ini sy tidak ambil kisah sgt malah melupakannya..ya Allah..Kau temukan hambaMu ini dgn insan2 yg mengujiku..tanda teguranMu atas kelalaianku slama ini..krn mengambil ringan trhdp ilmu2Mu..smg selepas ini sy lebih byk mmpelajari dan mndkatkan diri dgn Mu..dgn ilmu2Mu..amiinn..

byk sungguh perkara manis spnjg ramadhan..slain dpt mmbuat amal ibadat dgn tenang, keletah anak2 juga slalu mencuit hati dan mnjadi penawar..walaupun kdg2 pening jugak la dgn mereka ini ( puasa pun mcm xpuasa aje lagaknya..malah mnjadi2..=) , tp alhamdulillah..sy tgk smua ada kesungguhan yg luarbiasa.. nk dibandingkan zaman sy dulu yg sgt teruk..herm...

ape2pun, sy syg berharap agar sy dpt lagi menemui ramadhan yg lebih bermakna utk tahun akn dtg..amiinn...raya tahun ini juga rasanya berbeza..lebih tenang..fresh..xtau lah knape..=) smg ia berkekalan, dan berterusan..smg sy istiqamah dalam amalan..spt yg slalu walid tekankan..amalan yg sedikit tp berkekalan adalah lebih baik...=)
letih dah menaip...sy rasa td nk menaip lain..tp lain pulak yg sy taip..herm...lain kali la nmpaknye...ape2 perasaan sy waktu ni benar2 gembira..alhamdulillah...syukur ya Allah..Kau pnjamkan nikmat gembira ini padaku buat sementara,,,,alhamdulillah..

Monday, August 9, 2010

Konvo Punye Pasal..








Bismillah...Alhamdulillah...


1stly sure la nk wish alhamdulillah..sbb diri ini selamat dikonvokesyenkan tadi..syukur xterhingga..sayu mengenangkan peristiwa pahit manis spnjg pengajian di perbukitan ilmu ini..suka duka ditempuhi dgn tabah dan inilah hasil usaha sy yg xseberapa selama ini...



2nd nk wish thank u so much la dkt umi walid nenek makcik makngah pakngah maklong ntah sesape jelah..kaum kerabat yg hadir..hehe...thanks and i luv u ols..xlupe buat pensyarah guru dan shbt2... buat shbt2 yg bg hadiah..thanks sgt2...bunge ke..bungi petik pun, thanks juge..=)


full love to permanis ukm..4 ur support..spnjg sy d UKM.. anda adalah fmly kdua sy.. paling jujur dgn sy.. paling mudah marah sy..mudah menangis dgn sy..mcm2 mudah lg..melalui berbagai peristiwa dan kisah hidup bersama..pahit busuk sy semua kongsi..mknn sedap x sedap pun sama je menelan..sorg terluka,pasti semua terasa..kak eyjaz terluka, kamu penawarnya..terima kasih permanis kerana menjadikan diri ini seorang yg tabah,gigih,kuat dan berjiwa kental..biar ape org ckp,xpayah hirau..janji kerja kita jalan..jalankan amanah dgn sebaik2nya..okay..banyak plak membebel..hehe..ape2 pun, u ols semua,thanks..

Sunday, August 1, 2010

gelora IMAM MUDA ..

Alahamdulillah..Dengan namaNya yg Maha Agung..bernafas lagi sy hari ini dan dapat meneguk nikmat iman dan islam...




rase sejak dua menjak ni ade aje yg nk ditaip diblog usang xde orang ni..=) ape2 jelah.. saje nk menaip kan..bukan paksa org bace blog kita pun.. erm..


kali ni nk cerita sikit pasal program realiti astro yg meletop2 mcm meriam n mercun yg berdentum2 di kwsn tmpt kerje sy ni..almaklum nak masuk ramadhan..after dat raye pulak..herm..


alkisahnya sy secara jujr mengaku tidak pernah menonton 100% program ini.. kalau tgk pun, ade la 5 ke 7 minit...maksudnye, sy xdeelah duk melopong je depan tv tgk program ni sampai habis..xbangun2..siap melekat pulak..xdelah sampai ke tahap itu.. sy cuma slalu terbace mengenai program ini dan ia mendapat liputan serta pujian banyak pihak..sgt2 meluas.. wlupun sy xtgk, tp sy dah boleh hafal semua nama,pndidikan,status,kerja,latarbelakang dan lain2 lg..rase seolah dah kenal sgt..


setiap kali hari jumaat, malam tu akan berlakulah perebutan siaran antara umi dan walid..umi nak tgk akademi quran,walid nk tgk imam muda..( IM merupakan program realiti pertama yg mendapat tempat dihati walid ..huuuu...) walid beria2 membicarakan tntg imam muda dan imam muda pilihannya mestilah Ahmad Hazran bin Ahmad Kamal a.k.a IMAM MUDA ARAN...


IM Aran menjadi pilihan walid mgkin sbb anak n9 kot..dan merupakan senior adik di MANS dulu..adik sy slalu bercerita tntg kehebatan IM Aran ni..dan sy adalah seorang yg telah terpengaruh..cikit2 la ( sbb awalnya sy rase kagum dgn dgn IM Nuri )tp IM Nuri tersingkir awal..xpelah...tp bila IM Aran tersingkir dan xdpt jd dua IM terbaik, nampaknye walid sgt kecewa...haha..aduuhh...hebat betul penangan IM Aran ni..sbnrnye sy fans dia juge, tp xdelah beria sakan..sapelah sy kan..


ape2 pun, sy akan mendoakan IM Aran akan menjadi IM terbaik..kalau xjadi dlm program realiti pun, kt tempat lain ok..dlm situasi lain pun ok..IMAM ni..banyak maksud dan fungsi..imam dalam keluarga,imam di tempat kerja...mcm2 lah kan..


xlupa diucapkan tahniah kpd IM Asyraf dan Hizbur yg menjadi dua IM terunggul..Alhamdulillah..kalian mmg terunggul...dua2 dah berumahtangga..IM yg dah berumahtangga ni mmg ade kelainan..mereka lg matang..nampak ciri kepimpinan dan percakapan pun sgt2 meyakinkan..maklum lah..memimpin dan sudah menjadi imam pada keluarga..bukan calang2 org ni...hebat sungguh..alhamdulillah...semoga Allah membantu memudahkan urusan kalian dan merestui perjuangan yg bakal kalian teruskan..amiinn...


p/s : xde lah bermimpi utk menjadi isteri kpd IM..IT ( imam tua ) pun xpe..cuma mengkagumi..sbnrnya, diluar sana ramai lagi imam tp tidak menonjolkan diri..=)

wahai A...

Bismillah...

Teringat pengalaman dan perbualan dengan student paling nakal dkt tadika..

babak 1

cikgu Ada selesai membasuh pinggan dan melintasi kawasan A sedang makan..tiba2 A menjerit sekuat2 nya... 'cikguuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!! nak tuapppp!!!!!!!!!!! ( suap )...dalam hati cikgu Ada ( ewah2..banyak xensem muke tu )..tp memandangkan itu je caranya utk paksa dia mkn, terpaksalah cikgu Ada menyuapkannya.. cikgu2 lain menggelengkan kepala melihat C.Ada melayan karenah 'raja' si A..

babak 2

c.ada melihat A mewarna ( kalau xduduk kat sebelah, xmewarna la gamaknya )..c.ada menghulurkan warna pink..A kata 'abang xnaklah warna pink..pink kan utk girl..abg kan boy'..wah..pandai dia ni ye..A kata lagi ' cikgu2..abg ade awek..haritu dia datang rumah abg..( masya Allah..mane pulak la budak ni blaja gini...hu2..)

babak 3

selepas mandi A menyikat rambutnya.. A pun cakap ' cikgu2..abang nak buat rambut pacak lah..nk tunjuk kt awek abang'...huuuu..sabar jelah dgn budak sorang ni..tarik rambut tu karang baru tahu...( sabar2...)

babak 4

waktu solat...selepas zikir...waktu azan dan iqamat...'cikgu, abang nak komat ( iqamat )...dia ckp dgn c.suzi..c.suzi malas layan...A pandang sy pulak..'cikgu..abang nk komat...' ( dgn nada merayu..)..sy buat2 xpandang dia..A mcm nk nangis..bila org lain dah iqamat dan kwn2 lain mula bangun dan rapatkan saf, tiba2 dia ckp dengan kuat..'duduk2..abang nak komat!!! ..xkira..dia nk komat jugak..adui...layan jela..'ok2..yg lain duduk, biar A qamat'..kwn2 lain pun duduk semula...A pun iqamat la dgn ke'pelat'an yg melampau..

babak 5

sy jaga gate hr isnin...jumaat minggu sebelumnya A cakap ' beg abang dah koyak la..abg nak turuh ( A pelat xboleh sebut 'S' ) dedi belikan baru la..wktu dia smpai, dedi dia xhantar smpai pintu..dia jalan dengan laloknya, then dia terjatuh betul2 dkt longkang pintu pagar...sy ape lg, menjerit la..ya Allah!!!!!!!!!!!!!!! terus bkejar kt A..dia boleh meniarap dan xbangun..ish budak ni..xpasal2 ade bapa student lain yg keluar kereta dan tolong angkat A juga..huuu...bangun2 tu, dia cakap 'habislah beg abang...' ( baru sy perasan..almaklumlah beg baru..huu..)

babak 6

sy x pegi perhimpunan satu hari tu..sbb ade keje...habis perhimpunan tu, dia datang kt meja sy dan cakap ' cikgu2..knape cikgu xde kat tane( sane ) tadi?? ( mksud dia kt perhimpunan la kot )..huu..terharunye..ade jugak student nakal ni nak ingat kt sy...

babak 7

waktu bangun tidur tengahari..sebelum solat zohor..B tarik bantal kt kepala A..habis terhantuk la kpala budak tu..tp situasi wktu nak solat zohor tu buat sy tersenyum..'cikguuu!! abang nak duduk dengan B'..cikgu suzi cakap..'eh tadi kan B dah tarik bantal dan buat kepala abg terhantuk...'...dia balas ' xpe...kan abang dah cakap tadi..B baik sebenarnye...' alhamdulillah..luhur hati budak ni..husnuzzon..

babak 8

sy akan tarik rambut A kalau dia nakal sgt dan xmahu mengaji...satu hari tu, puas sy carik dia xjumpa..waktu mengaji dah nak habis..akhirnya sy jumpa dia duduk bace buku dicelah2 beg..sy kata ' A! jom ngaji..' sy nk pegang kepala dia sebenarnya..xda niat pun nk tarik rambutnya..dia lari dari sy..dia cakap ' cikgu nk tarik rambut abang ke? ' sy cakap ' xlah..cikgu nk sayang abg je..jom ngaji cepat!! nk sayang ke nk tarik rambut???' sy tanye dia semula...dia jwb 'ooo..kalau syg xpe..jom2..' dlm hati ( ewah2..sedap rase je ye..sabar2...)

babak 9

A menyanyi2 dalam kelas.. 'tatu tatu taya tayang ayah. dua2 taya tayang ibu..tiga2 tayang adik kakak..satu dua tiga..tayang temuenye...' huuuu...kite yg mndengar terhibur la juge..walaupun pelat... dalam hati sy terdetik..anak ini bijak..cepat menangkap..cume pelat je..bila memikirkan ayatnya sebelum ni, sy jd mengeluh..' cikgu2..betar nanti abang nk jadi mat rempit..nak bawak motor betar..pastu ade awek..' huu... tp hr ni sy tanye.. besar nnti A nk jd ape?? tau jawapan dia???? 'ABANG NAK JADI IMAM MUDA!!! '...waaa..alhamdulillah..cepat2 sy mengaminkannya..amiinn...

P/s : sebenarnye terlalu byk kisah dia ni..ade je kisahnye..A terlalu nakal..sgt2..sincan tu baik la dr A ni..slalu xmahu blajar,susah nk ikut ckp..tp menurut sy, dia ni masih boleh dibentuk kalau kena caranya.. sy cuba amalkan petua yg sy dpt..bila dia smpai, sy duduk dan dia akn slm dan cium tgn sy..sy ambil masa utk pndang dlm matanya, dan suruh dia cium sy..sbb sy perlu baca ayat2 dan slawat utk melembutkan hatinya waktu itu..wktu awal2 dia jejak tadika...semoga kanak2 ini akan menjadi insan soleh, amiinn...

Thursday, July 22, 2010

... Mendidik Anak Yang Nakal..



Pengalaman UMMU SOLIHIN...

Pada hujung minggu yang lalu, saya telah bertemu dengan lebih daripada 10 orang kanak-kanak berumur di bawah 6 tahun, pada waktu yang berbeza, dan di tempat yang berbeza. Saya bermain dengan mereka, berbual dengan mereka, membaca dengan mereka, kerana saya sayang mereka dan ingin belajar sesuatu daripada mereka.
Maha besar kuasa Allah swt yang telah menjadikan mereka sebagai asbab untuk saya mendapatkan pelbagai ilmu dan idea baru, terutamanya dalam ilmu pendidikan anak-anak. Allahuakbar ..


Daripada pemerhatian saya yang masih cetek ilmu ini, saya dapati bahawa sifat anak-anak pada usia bawah 6 tahun sangat-sangat dipengaruhi oleh apa yang dilihat dan didengar pada setiap hari.

Ini bermaksud, seorang anak itu boleh menjadi baik kerana dia meniru dan mencontohi, perlakuan dan pertuturan daripada orang-orang yang baik yang dijumpainya pada setiap hari.
Begitu juga sebaliknya. Seorang anak itu boleh menjadi nakal kerana dia meniru dan mencontohi, perlakuan dan pertuturan daripada orang-orang yang ‘kurang’ baik yang dijumpainya pada setiap hari.

Oleh itu, satu cara untuk menangani anak-anak yang nakal ialah dengan menjauhkan anak ini daripada individu-individu yang memberikan pengaruh negatif kepada sifatnya. Semakin lama anak nakal ini bersama dengan individu tersebut, maka semakin banyaklah sifat negatif orang itu yang akan diserap ke dalam dirinya.

Dan satu berita yang pernah saya dengar daripada seorang alim, setiap sifat yang terbentuk dalam diri anak-anak pada usia 0-6 tahun akan dibawa seumur hidupnya. Fakta ini bukan sahaja kajian daripada Barat. Malah ia turut diakui dalam Islam. Sebab itu, pendidikan yang betul di peringkat umur ini sangat penting dan tidak harus diabaikan sama sekali.
Jadi, apakah tindakan yang harus dilakukan?

Langkah #1: Periksa siapakah orang-orang yang biasanya dijumpai oleh anak-anak ini pada setiap hari.
Sekiranya anda menghantarnya ke rumah pengasuh, periksa setiap individu dalam rumah tersebut (pengasuh, ahli keluarga pengasuh dan kanak-kanak lain yang diasuh), adakah terdapat orang-orang yang membawa unsur negatif ini.


Langkah #2: Ubah cara pendekatan anda dengan anak-anak ini.
Asasnya, anak-anak banyak sekali mencontohi dan meniru sifat ibubapa. Sekiranya ibubapa telah memberikan sifat negatif (secara sedar atau pun tidak), maka ibubapa tidak ada pilihan lain melainkan membuat sedikit inisiatif untuk BERUBAH.

Apabila kita memarahi anak pada usia ini dengan nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yang asalnya lembut akan menjadi semakin keras. Dia akan menunjukkan pelbagai cara pemberontakan kerana kesakitan yang dialami di dalam hati dan secara fizikal. Semakin kerap ibubapa memarahi mereka, maka semakin kuat lah pemberontakan mereka.

Anak-anak pada usia ini tidak “makan” dengan cara seperti ini. Ia mungkin hanya berkesan untuk beberapa ketika sahaja. Tetapi cara ini tidak berkesan untuk mendidik sifat baik yang berpanjangan di dalam diri mereka.


Untuk anak-anak yang nakal, jika mereka melakukan kesalahan, dekati anak, dakap anak, peluk anak, cium anak, sayang anak, dudukkan anak di atas pangkuan, dan berilah nasihat secara HIKMAH. Ceritakan pada mereka apa yang mereka buat tadi adalah salah dan apa yang mereka boleh lakukan untuk membetulkan kesilapan tadi.

Takutkan mereka dengan azab Allah dan gembirakan mereka dengan ganjaran yang Allah sediakan untuk anak-anak yang soleh. InsyaAllah, bila mendengar cerita-cerita syurga, anak-anak akan lebih teruja untuk melakukan lebih banyak kebaikan.

Apabila mereka lakukan kebaikan, walaupun tidak sempurna, (contohnya: anak mahu lap air yang tumpah, tetapi cara lap nya menyebabkan air semakin berselerak), ibubapa MESTI tunjukkan penghargaan. Apabila pujian diberikan, pasti anak akan gembira untuk melakukan perkara yang baik lagi di masa akan datang.

Ibubapa bukan sahaja perlu mendekati anak-anak sewaktu mereka melakukan kesalahan sahaja, sebaliknya, carilah peluang untuk membuat pelbagai aktiviti bersama anak-anak. Seperti bermain, membaca, mewarna dan sebagainya. Anak-anak pada usia ini sangat suka apabila ada orang dewasa menyertai aktiviti mereka, kerana mereka mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk belajar apa sahaja perkara baru daripada orang dewasa.
Apabila ibubapa rapat dengan anak-anak, maka kerja untuk mendidik akhlak dan sifat yang terpuji di dalam diri anak-anak menjadi lebih mudah. Anak pada usia ini akan taat dan hormat kepada orang yang banyak menunjukkan keprihatinan kepada mereka.

Untuk menghasilkan sifat yang terpuji dalam diri anak-anak, ibubapa perlu sentiasa menunjukkan sifat yang terpuji di hadapan mereka.
Jika mahu anak mematuhi perintah Allah, ibubapa perlu patuhi perintah Allah terlebih dahulu.
Jika mahu anak taat kepada ibubapa, ibu perlu taat pada perintah bapa dahulu.
Jika mahu anak pandai ucap terima kasih, ibu dan bapa perlu selalu ucap terima kasih kepada mereka dan sesiapa sahaja.

Jika mahu anak mengeluarkan kata-kata yang sopan, ibu dan bapa perlu berkata perkataan yang baik sahaja di hadapan mereka atau sesiapa sahaja.
Jika mahu anak-anak meminta maaf selepas melakukan kesalahan, ibu dan bapa perlu selalu saling meminta maaf sesama mereka dan tidak salah jika ibubapa meminta maaf kepada anak-anak juga.

Bila ibubapa mula menunjukkan sifat yang baik, sedikit demi sedikit anak akan menirunya dan sifatnya akan mula berubah. Kalau bukan hari ini, mungkin esok.Kalau bukan esok, mungkin lusa.Dan kalau bukan lusa, mungkin minggu depan atau bulan depan atau tahun depan.
Yang penting, terus lakukannya dengan istiqamah dan terus panjatkan doa kepada Allah swt dengan keyakinan yang kuat bahawa suatu hari nanti pasti anak ku akan berubah.
Yakinlah wahai ibubapa, setiap ciuman yang diberikan kepada anak dan sekelumit kesabaran dalam mendidik mereka, mempunyai NILAI yang sangat besar di sisi Allah swt.
Semoga Berjaya!



sumber : Anakku Soleh

P/S : sy suka utk merujuk web ini..dgn keadaan skrg yg sdg bekerja di tadika..berhadapan dgn karenah budak2 nakal..dan ini sebagai ilmu persediaan utk sy mendidik hati sy dan anak2 sy nnti..insyaAllah..sy akan aplikasikan dlm kehidupan seharian..amiinn..

ade yg sy dah buat mcm saranan ummu solihin, tp ade juge yg belum..betapa perlunya kesabaran dan keikhlasan..pernah sy memarahi seorang budak yg terlalu nakal, kemudian sy menangis sendiri sbb menyesal..sy tahu sy salah..apelah yg budak tu tahu..mgkin masalah peribadi menjadikan sy emosi dan melepaskan kemarahan..lepas ni sy akan cube jd lebih sabar...semoga Allah ampunkan sy...

ape2 pun, smua bergantung pada ibubapa..yg penting, kita yg perlu BERUBAH..kita mengharapkan anak2 kita baik mcm anak2 org yg baik2 blake, tetapi, adakah kita sama mcm ibubapa mereka yg baik2 itu??? smg Allah bg sy hidayah dan keteguhan hati utk terus menghadapi masa akan dtg yg lebih mencabar..dalam membina syurga dunia dan akhirat..

Tuesday, July 20, 2010

.. Santapan Rohani DiHujung Minggu ..

Slm alaik…saje nk posting…dah tangan menggatal je nk menaip kan…nk taip pengalaman pergi Konsert Demimu Al-Aqsa, di Stadium Tertutup Nilai ujung minggu baru2 ni..g ngan abg n nurul..sambil tu singgah USIM jap..konsert paling menggetarkan jiwa rasanya..banyak kali nangis spnjg konsert..bukan xpernah g konsert bawah AMAN Palestin b4 dis, but dis time betul2 mantap la..anjuran Ikatan Muslimin Malaysia…even i duduk jauh sangat2 dari stage, tp dia punya gegaran sampai ke nadi la..feeling habis…trasa mcm kt palestin la pulak..psembahan nasyid dari da’ie,soutul halaqah ( Indonesia ), mestica, pidato, tayangan,sajak nisah haron, sketsa…herm..berbaloi2 la RM 10 tu..kalau kena bayar 20 pun ok juge sepatutnye..duit nk sumbang kesana kan..tp mmg mantap la smua persembahan..berkobar2..jiwa panas mendidih dgn kekejaman Israel..lagu yg menjadi pilihan penonton seperti Ruhul jadid, Wahai Mujahid, Selamatkan palestina.. entah betul ke tajuknye tu, xtau la..smua yg hadir begitu exited dan takbir yg dilaungkan itu, semoga Allah kabulkan doa kita disini..kalaupun kita xmampu menyumbang disana, apalah susahnya kalau tgn kita menadah padaNya..itu juga sumbangan yg tidak ternilai..









p/s : sempat pulak mestica buat promotion single terbaru..tentang istikharah..baru siap minggu lepas katanya..dan 1st time perform kat audience..erm..not bad la… ape2 pun..semuanya best dan mengharukan..semoga Allah slmtkan seluruh palestin dan Allah ampunkan sy...amiinn..

Thursday, July 15, 2010

.. RAHMAT UJIAN ..

Dgn nama Allah...salam alaik...

Saje nk post nasyid yg kena betul dgn jiwa sy ni.. hehe..sy ni xmemandang kump nasyid sgt..tp sy seorang pemilih lirik.. kalau lirik2 jiwang biase, xdela suka sgt..lirik2 ringan sangat pun, mcm dah biase.. kalau nk dgr lirik aras tinggi ayatnya, mcm rabbani, nowseeheart,mestica,maher zain..boleh la kot..tinggi sikit ayat keTuhanan nya... tp kump nasyid lain pun ade juge lirik2 yg mendidik jiwa dan mmbuat org terkesan..cuma jiwa sy yg xsama la dgn orglain kan..lain org, lain kecenderungannya..yg penting, penghayatan..=)
nasyid pilihan sy kali ni, mmg sy nk dengar selalu utk mendidik jiwa sy...nk menenangkan hati sy..dan sy rasa berkesan..mklum la, pagi2 dtg tadika buka vcd nasyid atau zikir..maka, sy pun akan menonton sama dgn adik2 tadika ni...ambil iktibar sikit..;)

RAHMAT UJIAN ( MESTICA )

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa

Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi...

Segala ujian diberi..Maka bersyukurlah selalu...

sekian dulu..hehe..nk dgr, carilah sendiri k...

P/S : semoga Allah ampunkan sy...

Tuesday, July 13, 2010

Di sini PERMATA ku..

Dengan nama Allah yg Maha Penyayang...

Alhamdulillah... minggu ni minggu ke-3 di Tadika Elit Permataku... byk improvement kot..sbb mule2 dulu byk benda xtahu..kerja pun mcm kelam kabut..skrg sy dah boleh ingat semua nk nama siap dgn pe'el budak2 ni skali.. kerja jaga budak2 ni pun semakin buat sy selesa..setakat ni, tempat kerja dan kerja yg sy buat, sy sgt berpuashati dan seronok... ke sy ni mmg mcm ni xtahu la... sblum ni sy pernah je kerja mcm ni, tp agak letih... kt sini, xletih pulak walaupun jadual kerja 6.30 pagi-6ptg sharp..sharp ok..ini tadika elit..bukan tadika biase..hehe..sistem pembelajaran pun ala2 universiti..murid yg dtg ke bilik kuliah... budak2 ni mane ade bilik darjah khas... hanye ade 4 waktu belajar.. selebihnya, nasyid,zikir,solat,makan,tidur dan menonton... aduhai..damainya...

cabaran paling besar mestilah nk mengawal pelajr yg pling nakal tahap dewa... nk2 pulak student paling nakal ialah dari kelas sy.. mcm2 pe'el... mcm mane lah sy nk mengawal nye.. bila suruh bace, ' cikgu, abg xpndai bace'..suruh tulis pun mcm tu juge..yg tahunye, kacau org,buat bising,main air,xnk dengar cakap.. tp sy xkisah sgt..sbnrnye byk lagi pe'el budak2 lain yg mencuit hati dan menghiburkan.. maka sy lalui hari2 disini dengan perasaan gembira dn tenang..
apa yg sy nampak spnjg sy disini, ramai yg mengaku suka budak2, tp xsuka dan xpndai nk jaga budak2..tp, ada yg xsuka budak2, expert menjaga budak2.. yg sy msudkan termasuklah bayi..tp yg ada keduanya baguslah kan...yg xsuka budak, akan buat kerja dgn tension, marah2 dan nampak letih dgn karenah..tp tugas tetap dijalankan mcm biasa...


walau apa pun, yg palin sy xsgka,kelmarin sy baru tahu rupanya owner ( ustazah ) punya suami adalah lecture sy d UKM..pernah mengajar sy B.Arab.. ust juga baru perasankan sy.. ingat juge ust pd sy..herm..kecik dunia ni rupanya...yg sy suka, mgkin cara islami yg diterapkn disini..alhamdulillah...sy nk tulis pasal perangai anak2 kt sini sbnrnye..tp dah melalut plak..lain kali jelah...sbb sy tengah buat rancangan mengajar utk minggu hadapan..kena hantar setiap hari jumaat..dah rase mcm ngajar sekolah menengah dah ni..herm...tp kaedah dan pndekatannya sgt berbeza...

sape yg mengaku sukakn kanak2, cubalah ceburi kerja ini..waktu tu boleh menilai diri samada kita ni betul2 sayangkan anak2 utk mendidik mereka jadi insan yg berguna...samada kita ikhlas menjalani hari2 dgn mereka...sehari, 12 jam dengan mereka..tp ibu bapa, bukan 12 jam dgn mereka..balik rumah pukul 6,mereka akn mandi,solat,mkn dan tidur,( mungkin 8jam )..
pagi esoknya, mereka akn bgun semula, mandi solat dan bersiap utk pergi sekolah..seawal 6.30 mereka sudah bersama kita semula..maka amanah yg dipikul sgt berat utk mendidik,menjaga dan menerapkan akhlak mulia dan kegiatan dan amalan harian mereka..semua bermula dari kita..itulah yg sy sedari...betapa guru utk peringkat pra, sek rendah, menengah dan IPT sgt2 berbeza...

p/s : semoga Allah ampunkan sy...

Renungan..

Jika Kejahatan Di Balas Kejahatan, Maka Itu Adalah Dendam.Jika Kebaikan Dibalas Kebaikan Itu Adalah Perkara Biasa.Jika Kebaikan Dibalas Kejahatan, Itu Adalah Zalim.Tapi Jika Kejahatan Dibalas Kebaikan,Itu Adalah Mulia Dan Terpuji."

Ads code


I made this widget at MyFlashFetish.com.