..hidup utk berbakti..

Saturday, September 25, 2010

Prasangka itu RACUN dalam jiwa..


BISMIKALLAH...

Sbnrnya, sy menulis adalah selalu berniat utk tazkirah pd diri sy...spy sy kuat utk berubah dan memegang kata2 sy.. kali ini tentang PRASANGKA... SUU UZZON..sy amat mmbenci prasangka buruk org terhadap sy...makanya, sy perlu berusaha agar semua org tidak menyangka bukan2 pd sy.. sy juga, wajiblah mmbuang segala prasangka yg tidak elok yg pernah wujud dlm diri sy terhadap orglain...sy menulis ini kerana perkara ini semakin kerap berlaku dikeliling sy kebelakangan ini..yg hampir dgn sy mgkin mengetahui..

definisi 'prasangka buruk' yg sy faham ialah :

PRA : awal
SANGKA : sangkaan/agakkan
BURUK : yg tidak elok

digabungkan, maka jelaslah bahawa ia mmbawa makna, sangkaan awal yg negatif trhdp ssuatu..sedangkan, ianya hanyalah sangkaan, bukan kebenaran.. inilah SUU UZZON..jika ia haqiqah, maka ia tidak lagi disebut 'sangkaan..zaman sekarang, perasaan 'PRASANGKA' itu sndiri membawa maksud yg tidak elok, yakni sama dengan berprasangka yg bukan2...seperti dalam ayat Rabbul Jalil (surah Al-Hujurat :12) :
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ
الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا


Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain...

Bukan mengatakan diri ini terlalu suci smpai tidak pernah brprasangka..ia juga selalu terdetik dihati insan lemah imannya ini..inilah tazkirah utk hati sy yg lemah..jiwa sy yg tidak kukuh..ia terjadi sndiri dalam diri sy.. sy telah menyangka yg bukan2 terhadap org yg paling hampir dgn sy, yakni qarib dengan sy ,setelah mndengar satu pihak berbicara tentang dia.. smpaikan sy menangis2 memikirkan apakah benar yg sy dengar itu..sy jd gundah..kerja sy tidak terlaksana dengan baik.. akhirnya sy memutuskan utk berbicara terus dengannya, bersemuka dan bertanyakan sendiri...setelah berjumpa, ternyata ia tidak benar.. dia berterus terang dan meluahkan rasa sedih atas tuduhan itu..dia bingung kenapa khabar itu boleh smpai pd sy sedangkan org yg mengkhabarkan itu, dekat dengannya tetapi tidak berbincang atau bercakap apa2 padanya..menangis sy memeluk bahunya memohon maaf kerana mencurigainya..sy menangis memikirkan kejahatan hati yg telah memikirkan bukan2 tntang dia.. krn hati sy mmg mmpercayai dia..sy marah kpd org yg menyampaikan bukan2 tntang dia ( mahupun org yg mengkhabarkan adalah org yg qarib juga, dan boleh dipercayai )...bg sy, jgn lah mengatakan sesuatu yg tidak elok tntg seseorang itu selagi tidak mensahihkan haqiqah.. mahupun ia benar, tidak patutlah diheboh2kan..sewajarnya, sekiranya kita nmpak atau rasa perbuatan seseorang itu tidak elok, bertemu dgnnya, nasihatinya, sayanginya dengan hikmah, berbincang dengannya, berikannya penyelesaian kpd segala musykilah...bukan bertanya atau cuba2 mmburukkan kpd org lain.. tp, yg slalu terjadi mmg begini..samada sedar atau tidak..

tp mmg prinsip sy, sekiranya prkara yg penting, maka sy tidak akan percaya selagi belum mndengar dan berbincang sndiri dgn org yg 'diperkatakan'.sy mmg boleh mndengar org2 kata itu dan ini, tp ia biasanya lenyap begitu sy tnpa sy memikirkannya lagi..tp, kalau smpai hati sy merasa tidak sedap, maka sy jd xtenang..sy xkan diam..kerana ia melibatkan hidup dan mati sy..masa depan sy.. kalau perkara lain, maka sy akan mmbiarkan ia berlalu..sy tidak akan ambil kisah..sy tidak mahu mmikirkannya dan tidak pnting pun utk sy berterusan memikirkan keburukan orglain..hanya menambah dosa..

Sesungguhnya keburukan prasangka itu sangat jelas..memecahbelahkan hubungan silaturrahim yg terjalin sesama manusia...didalam keluarga,di lingkungan kerjaya, didalam masyarakat, mahupun persahabatan.. malahan, ada yg berprasangka buruk pada PENCIPTA nya...masya Allah..smg kita dijauhkan..dimana2 saja bila wujud prasangka, maka keamanan akan lari menjauh...prasangka mnjadi sebab tiada lagi kasih syang dan cinta dalam diri manusia...ia menjadi vanish penghapus yg sangat berkesan utk menghilang keamanan dan ketenangan jiwa.. jika kita selalu melihat seseorang itu tenang walaupun ditimpa musibah yg sgt hebat, itu bermakna tiada prasangka dalam jiwanya, terutama kpd TUHANNYA...kerana sgt redha dan bersangka baik terhadap Allah..yakin bahawa musibah itu adalah hadiah dari Allah utk dirinya..menyedari musibah adalah salah satu proses tazkiah dari dosa2 yg pernah dilakukan.. ( smg kita tergolong didalamnya, amiinn..)

menurut sy, prasangka adalah miftah kepada syaitan utk terus merasuk dan menguasai jiwa, minda manusia.. jika kita tidak cuba mencegahnya, maka ia akan sebati dalam hati, lantas mnjadikan seseorang itu mudah brprasangka dgn org lain...suka menyalahtafsirkan perbuatan org lain..jadi sukar utk husnuzzon...seorang yg slalu husnuzzon dgn manusia adalah yg slalu HUSNUZZON DGN ALLAH..

Bagaimanapun, memang ini realiti zaman sekarang. Bertepatanlah dengan Sabda Rasulullah tentang perkara ini ,menurut riwayat At-Tabrani :

عَنْ حَارِثَةِ بْنِ النُّعْمَان قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
ثَلاَثٌ لاَزِمٌ ِلاُمَّتِى : اَلطِّيَرَةُ وَالْحَسَدُ وَسُوْءُ الظَّنِّ

"Dari Haritha bin an-Nukman berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Tiga perkara yang sentiasa ada pada umatku: Kepercayaan sial. Hasad dengki. Prasangka.


فَقَالَ : وَمَا يُذْهِبُهُنَّ يَارَسُوْلَ اللهِ مِمَّنْ هُنَّ فِيْهِ ؟
Beliau bertanya: Apakah yang boleh menghilangkan dari itu (semua) wahai Rasulullah bagi sesiapa yang telah ada pada dirinya perkara-perkara tersebut?

قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِذَا حَسَدَ فَاسْتَغْفِرِ اللهَ وَاِذَا ظَنَنْتَ فَلاَ تُحَقِّقْ وَاِذَا تَطَيَّرْتَ فَامْضِ
Baginda bersabda: "Apabila berhasad dengki mintalah ampun, apabila berprasangka janganlah diteruskan dan apabila mempercayai tataiyur hendaklah dihapuskan". (H/R at-Tabrani.)

Inilah panduan dari Nabi s.a.w.. segalanya telah jelas, terpulang pada kita utk mengawal diri kita dalam berprasangka. Tidak salah berprasangka, ttp berprasangka BAIK lah..sekiranya kita diduga mengenai kesahihan atau kepercyaan, maka bertindaklah mengikut cara Rasulullah...semua terletak dalam jiwa kita...marilah sama2 berdoa, agar hati kita sentiasa terpelihara..sentiasa terjaga..sentiasa bersih dan berlapang dada meskipun byk musibah dan mehnah yg trpaksa kita lalui utk mndapaatkan hidayah, sekaligus mmperoleh redha Allah...sekranya kita tidak mdpt sokongan atau pertolongan manusia utk mendapatkannya, cukuplah Allah sebaik2 tempat pergantungan dan menanam harapan, insyaAllahu Taala minal aminin...

No comments:

Post a Comment

Renungan..

Jika Kejahatan Di Balas Kejahatan, Maka Itu Adalah Dendam.Jika Kebaikan Dibalas Kebaikan Itu Adalah Perkara Biasa.Jika Kebaikan Dibalas Kejahatan, Itu Adalah Zalim.Tapi Jika Kejahatan Dibalas Kebaikan,Itu Adalah Mulia Dan Terpuji."

Ads code


I made this widget at MyFlashFetish.com.