..hidup utk berbakti..

Sunday, November 3, 2013

Segenggam Tabah diperlukan tatkala Sesekali Diuji .. Alhamdulillah..


Bismikallahumma Ahya wa Amuut...dengan nama Allah yg menghidupkan dan mematikan..

Alhamdulillah.. syukur kerana Allah masih memberi sy peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini.. jam sekarang menunjukkan angka 11.33 p.m.. sy di PPUM ( Pusat Perubatan Universiti Malaya ) menemani adik sy yang ke-6 di ward 8U bed 22 yg baru selesai pembedahan tulang belakang kerana menghidap Scoliosis ( ni dah minggu ke-2 dia kat wad..xboleh keluar lg..).. penyakitnya dikesan sewaktu dia brumur 16 tahun.. skrg dia sudah berumur 19 tahun.. hampir 4 tahun menunggu, alhamdulillah akhirnya pembedahan selamat dijalankan pada 22/10/13..

Menceritakan detik awal apabila kami sekeluarga mengetahui tentang sakit yg di alaminya, perasaan sy jd tak tentu arah.. sy berfikir panjang.. waktu tu sy masih d UKM.. sy memikirkan apakah keadaan dan nasib yg bakal adik sy hadapi di masa akan datang.. dia masih muda.. sy menangis.. sy tak tahu nak mengadu pada siapa.. sy tak pasti adakah patut sy memberitahu pada teman2 rapat sy.. tp itu semua tak berlaku kerana sy seorang yg sangat2 suka menyimpan perasaan dan memendam sendirian.. mungkin belum masanya.. sy cuma mampu berdoa pada Allah agar adik sy dipermudahkan urusannya.. tidakpernah selepas solat sy terlupa utk berdoa pada Allah agar di beri jalan terbaik dan mengurangkan beban sakit yang ditanggungnya..

Setelah sy tamat belajar, keadaan adik sy semakin teruk.. waktu ni sy mula mnceritakan pasal adik sy kpd beberapa teman rapat.. tp x la ramai.. adik sy mengalami perubahan dalam banyak perkara..kalau dulu tulisannya yg cantik dan kemas selalu dipuji, tapi nampaknua itu semua tiada lagi.. kesan dr tulang belakangnya, sendi2nya juga telah mula membengkak.. tangannya membengkak.. dia hilang upaya untuk memegang.. untuk menulis lama, untuk menyuap, utk menggenggam sesuatu.. waktu tu adik sy didaftarkan perubatannya dibawah HUKM.. disebabkan dia akan menduduki SPM dan hukm yg jauh mnyukarkan walid utk membawanya kesana, rawatan alternatif dicuba.. appointment dgn doktor d HUKM tidak diteruskan..kami berjumpa dan berubat dengan ramai ahli perubatan lain.. ada yg berjaya menyelesaikan masalah sendi, tp tidak pada masalah tulang..kerana itu berkait.. xtahu berapa yg sudah habis utk mendapatkan perubatan yg terbaik bg dirinya.. syukur pada Allah kerana mendidik jiwa kami sekeluarga agar tabah dan tetap berusaha..

selepas SPM.. adik sy berjaya menempatkan dirinya di KISAS.. kami bersyukur..kerana adik sy berusaha yg terbaik walaupun dirinya menanggung sakit semasa menghadapi SPM.. sebenarnya adik sy layak untuk memohon untuk diberi masa tambahan bg menjawab SPM atas sebab sakitnya, tp dia tidak mahu dan mahu mencuba mnjawab sama seperti rakan2 lain...

Di Kolej Islam, keadaan semakin teruk.. dia yg tinggal diasrama telah menyebabkn fikiran sy jd risau.. di asrama, dia tinggal didalam bilik yg asing dari kwn yg lain..pihak kolej memberi keistimewaan utk dirinya tinggal di tingkat bawah.. dia jg tidak pergi prep..apabila ke sekolah, kwn2 yg baik banyak membantu membawa barang2 keperluannya.. adik sy selalu sakit2 dan tidak hadir kesekolah.. apabila tidak sihat, dia hanya terbaring di asrama.. katanya, biasanya setiap minggu mesti 2 atau 3 hari dia tidak hadir disekolah.. dia tidak boleh menggenggam..dia tidak boleh membawa barang yg berat2..dia tidak boleh berjalan atau duduk lama2.. semua itu merunsingkan sy.. apabila dia bercuti dan pulang ke rumah, dia dalam keadaan yg tidak sihat dan membimbangkan.. tidur di sebelahnya menyebabkan sy menangis sendirian apabila terdengar dia asyik mengaduh apabila kesakitan.. saya mengalihkan pandangan sy dan mengiring menghadap arah lain dengan airmata yg tak tertahan..Allah..sy merasa sgt2 sedih dan memohon pada Allah agar di kurangkanlah kesakitan yg diterimanya itu..wktu itu sy terfikir kalau lah boleh sy ambil sedikit rasa sakitnya supaya dia boleh tidur dengan selesa.. keadaan ini terbawa2 ke tempat kerja..sy asyik teringat dan menangis sorang2..

Sy asyik terfikirkannya..sy menanam tekad utk berusaha agar dpt membantunya.. sy perlu kumpul duit utk membantu pembedahannya..sy kumpul maklumat..sy tanya orang itu da ini yg pernah melalui pembedahan yg sama, termasuklah puan saadah dan pemilik al-Birru..akhirnya, kami sepakat menetapkan tempat yg baru untuk adik berubat semula iaitu d PPUM..Setelah kami sekeluarga berbincang, dengan persetujuan adik sy, dia menangguhkan pengajiannya di Kolej Islam untuk menerima rawatan dengan lebih teratur.. agak payah sebnarnya keputusan ini di buat.. tp tidak pernah ada niat lain dalam hati kami semua melainkan untuk melihat adik sy sihat dan ceria seperti biasa..

Setelah semua pahit manis ditempuh, walid,umi,kami adik beradik berulang2 membawa dan menemaninya setiap kali berjmpa doctor, akhirnya tarikh pembedahan ditetapkan.. Alhamdulillah dengan bantuan Alumni KISAS yg banyak membantu di saat2 akhir, semuanya telah dipermudahkan oleh Allah.. thanks jugak kat  Abang yg selalu drive berulang alik membawa kami apabila kami nak melawat ct di wad dan apabila kami nak tukar2 shift jaga ct..yang sanggup ambil sy disekolah dan hantar di ppum sedangkan dia pun mengajar jg.. thanks..wlpn adik sy belum sihat sepenuhnya dan masih di wad lg, tp sy sangat bersyukur kepada Allah kerana Ujian ini menjadikan diri sy insaf.. sy masih lg menatap wajah adik sy ini yg sedang tidur..wajahnya berkerut mungkin sbb masih ada sisa2 sakitnya kesan pembedahan.. tp sekurang2 dia tidak mengeluarkan suara mengaduh yg memilukan hati.. sy berdoa pada Allah agar dia cepat sembuh seperti biasa..

sy walaupun hanya seorang kakak, sy selalu marah adik sy bila dia xnak dengar cakap, tp sy xpernah fikir apa sy buat adalah untuk keburukkannya.. sy hanya mahu adik sy jd yang terbaik..dapat yang terbaik.. kepada adik sy siti hajar bt mohd nidzar ( kalau terbaca), kak ngah mtk maaf klu kak ngah ade buat silap dekat ct..cakap yg menyakitkan hati ct.. tp kngah buat semua yg kngah mampu utk tengok ct sihat, senyum, jd yg terbaik.. mgkin kadang2 kita emosi, tp kita cuba utk fikir positif..

Kepada semua yg selama ini memahami dan cuba utk meredakan tangis dalam hati sy, sy ucapkan jutaan terima kasih yg tidak terhingga..yg memahami renungan mata sy - kerana tatkala lidah xmampu berbicara kuasa mata menceritakan segalanya.. terima kasih krn sangat sabar mendengar luahan hati sy.. sangat setia memujuk dan meniupkan kata semangat serta membantu meringankan beban yg xnampak dek mata, tetapi terpikul di lubuk hati paling dalam.. ( kawan2 baik, guru2 SMKBBS, ALKIS dan semua yg tahu..) hanya Allah shj yg dapat membalas jasa kalian.. terima kasih sekali lg.. sesungguhnya airmata yg mengalir skrg adalah airmata terharu, syukur dan gembira.. Allah...

Sekian dulu catatan ringkas tengah malam ikhlas dari hati yang mengharapkan agar Allah memberkati dan merahmati hidup sy dan keluarga sy..amin...

p/s : perjalanan hidup mmg kita xpasti, tp janji Allah itu PASTI..






1 comment:

  1. aslm akak... :) semoga akak sekeluarga termasuk kak siti hajar kuat menghadapi ujian dariNya.. sy pun ada scoli.. ^_^ umur baru masuk 16 thn.. tahu ada scoli mase hujung thn 2013... <3 apa2 pun, be strong ok! :)

    ReplyDelete

Renungan..

Jika Kejahatan Di Balas Kejahatan, Maka Itu Adalah Dendam.Jika Kebaikan Dibalas Kebaikan Itu Adalah Perkara Biasa.Jika Kebaikan Dibalas Kejahatan, Itu Adalah Zalim.Tapi Jika Kejahatan Dibalas Kebaikan,Itu Adalah Mulia Dan Terpuji."

Ads code


I made this widget at MyFlashFetish.com.