..hidup utk berbakti..

Saturday, May 1, 2010

KELEBIHAN SOLAT TAHAJUD DAN SOLAT DHUHA


KELEBIHAN SOLAT TAHAJUD..


DARIPADA Abdullah, katanya: “Diceritakan kepada Rasulullah, seorang lelaki yang tidur sepanjang malam hingga Subuh. Maka bersabda Rasulullah: Orang itu telah dikencing oleh syaitan di kedua-dua telinganya.” Hadis riwayat al-Bukhari.
Mengambil berat mengenai solat akan menjadikan seseorang Muslim bebas serta aman daripada gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat menyebabkan syaitan akan mengambil peluang berdamping hingga menyebabkan seseorang itu malas dan lalai.
Bangun untuk mengerjakan solat malam (tahajud) adalah amalan sangat dituntut oleh Islam bahkan boleh menjadikan iman seseorang itu kuat. Amalan itu juga mampu menjadi benteng menangkis daripada sebarang perbuatan khianat (sihir) menimpa diri.
Islam menyarankan umatnya berwuduk sebelum tidur, membaca ayat al-Quran dan berzikir kepada Allah sewaktu hendak tidur sehingga terlelap.
Abu Hurairah meriwayatkan: “Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke pagi.”


CARA MELAKSANAKAN SOLAT TAHAJUD



Niat: Aku sembahyang sunat tahajud dua rakaat kerana Allah Taala.

Kerjakan sembahyang sebagaimana sembahyang sunat lainnya. Dan untuk sembahyang malam ini, disunatkan memperpanjangkan berdiri dari memperbanyakkan sujud, sabda nabi s.a.w,:"Sebaik-baik sembahyang ialah yang memperpanjangkan berdirinya."Memperpanjangkan berdiri ialah memperbanyakkan membaca al-Quran. Memperbanyak sujud ialah dengan memperbanyakkan tasbih. Membaca al-Quran lebih baik dari bertasbih.

Selepas mengerjakan sembahyang, hendaklah membaca doa di bawah ini, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Bukhari:

Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkaulah penegak langit, bumi dan alam semesta serta segala isinya. BagiMulah segala puji. Pemancar cahaya langit dan bumi. bagimulah segala puji. Engkaulah yang haq, janjiMu adalah benar, pertemuanMu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurgaMu adalah benar, nerakaMu adalah benar, Nabi-nabi adalah benar, Muhamad s.a.w. adalah benar dan kiamat adalah benar. Ya Allah kepadaMulah aku berserah diri, kepada Engkaulah kami kembali, kepada Engkaulah kami merindu, kepada Engkaulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang telah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan atau yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau Allah Rabbul Alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah.

Selepas berdoa diatas, perbanyakkanlah mengucap istighfar, antara istighfar yang dianjurkan serta sabit dengan hadis yang sahih ialah Saiyidul Istighfar (Penghulu Istighfar):Ya Allah, Engkaulah Tuhan kami, tiada Tuhan melainkan Engkau, yang menjadikan kami, dan kami adalah hambaMu, dan kamipun dalam ketentuanMu serta janjiMu sedapat yang kami lakukan. Kami memohon perlindunganMu daripada kejahatan apa yang kami lakukan, kami mengakui kenikmatan yang telah Engkau limpahkan kepada kami dan kami juga mengakui akan dosa kami, keran itu berikanlah keampunan kepada kami, sesungguhnya tidak ada yang memberi pengampunan kecuali Engkau.

Sembahyang sunat mutlak, eloklah dilakukan dua rakaat, dua rakaat.. seberapa banyak yang mahu dilakukan. Selepas itu bolehlah membaca doa dan istighfar di atas.


KELEBIHAN SOLAT DHUHA

Murahkan rezeki, menolak kepapaan
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

CARA SOLAT DHUHA


Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.


Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.


a) Bacaan niat solat sunat Dhuha
Ertinya: " sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala".


Setelah selesai salam, lalu membaca doa


**Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…

No comments:

Post a Comment

Renungan..

Jika Kejahatan Di Balas Kejahatan, Maka Itu Adalah Dendam.Jika Kebaikan Dibalas Kebaikan Itu Adalah Perkara Biasa.Jika Kebaikan Dibalas Kejahatan, Itu Adalah Zalim.Tapi Jika Kejahatan Dibalas Kebaikan,Itu Adalah Mulia Dan Terpuji."

Ads code


I made this widget at MyFlashFetish.com.