..hidup utk berbakti..

Monday, December 21, 2009

Rokok, perokok dan penghidu asap rokok..

Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.

Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.

Ini atas beberapa alasan;


Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.

Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.

Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.

Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.

Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.

Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.

sumber :
http://www.facebook.com/profile.php?id=1614354458#/notes/mohd-asyikin-daud/hehehe-nk-forward-je/380673040622


p/s: td sebenarnye bace la buletin kt fesbuk..byk la maklumat2 bergune kan..tp jaz nk la post yg ni..bukan ape..ape yg di post ni byk yg betul kan.. tp yg sukakan rokok akan mempertahankan pendirian mereka..ape2 jelah..susah nak cakap kalo dah heavy kan..ikut kome lah..

jaz sgt2 berdoa kpd Allah agar dikurniakan pasangan yg xmerokok, anak2 xmrokok..nak didik anak betul2..mgkin jaz xde lah baik mana, tp jaz akn berusaha untuk berubah..sediakan persekitaran bersih utk anak2 tanpa asap n bau rokok..( ntah melangit je impian nye..hehe..tp lambat g..) jaz x lah judge org merokok ni sume jahat..ramai je kwn2 jaz perokok, tp akhlak baik je..cume tu lah..bab rokok xde kompromi..serius,.jaz xtau nak kata pe lg sampai airmata ni menitis bila mengenang rokok yg membahayakan..semoga ia jauh dari kehidupan jaz..

sepatutnya kerajaan haramkan rokok same dgn haramkan dadah..bagi hukuman perokok,penjual rokok,pengedar dan sbgnya dgn berat seberat2nya..nak pikir untung je..bila ade rokok, ade la cukai..bile ade rokok, ramai sakit, so ade la keje doktor kt hospital kan..bila ade rokok, terjadilah kebakaran, maka ade keje lah bomba2 kan..xdelah duk goyang kaki..ade rokok makin laku lah penjualan sesuatu kedai..makin ramai yg lepak2 kt kdai kopi..minum secawan je, tp rokok berbatang2..banyak lah alasan kan..tapi tulah..bukan senang nak tamatkan sesuatu yg dah dimulakan..

shbt2 dan adikku yg merokok sekalian...pliz la..stop la..smua bergantung pada diri sendiri..pada keazaman dan kesungguhan utk berhenti..ye..jaz tahu agak sakit nk berhenti..tp sakit akan dtg lg teruk..jaz sntiasa mendoakan agr org2 yg jaz knal, baik, supaya berhenti merokok.. sedih sgt bila fikir..berhentilah secara perlahan2..ok..( xtau knape tetiba rasa nak nangiss..:'(

kat bawah ni ade cara untuk berhenti merokok...yg penting keazaman, usaha dan kesungguhan..ingat ni!! harap ia berguna utk perokok..supaya bersih dari najis rokok yg membahayakan..

Bagaimana hendak berhenti merokok?

Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.
-Tetapkan tarikh untuk berhenti
-Yakin diri
-Buatkan nota peringatan
-Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
-Sentiasa berfikiran positif
-Dapatkan sokongan
-Gunakan terapi penganti nikotin
-Amalkan 12M untuk berhenti merokok

Teknik berhenti merokok
Tip Berhenti Merokok 12 M :

-Melengah-lengahkan
Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
-Menarik nafas panjang
Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
-Minum air
Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
-Menyibukkan diri
Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
-Menjauhkan diri
Daripada orang yang merokok
-Mengelakkan diri
Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
-Mengunyah sesuatu
Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
-Membasuh tangan selalu
-Mandi dengan kerap
-Meregangkan otot
Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
-Meditasi
-Memohon doa
Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha


sumber : http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/dewasa_content.jsp?lang=dewasa&sub=0&bhs=may&storyid=1186997088327

No comments:

Post a Comment

Renungan..

Jika Kejahatan Di Balas Kejahatan, Maka Itu Adalah Dendam.Jika Kebaikan Dibalas Kebaikan Itu Adalah Perkara Biasa.Jika Kebaikan Dibalas Kejahatan, Itu Adalah Zalim.Tapi Jika Kejahatan Dibalas Kebaikan,Itu Adalah Mulia Dan Terpuji."

Ads code


I made this widget at MyFlashFetish.com.