..hidup utk berbakti..

Saturday, March 20, 2010

Ngeri la...ya Allah..

KUANTAN: Seramai 40 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila bas berkenaan terbabas dan terperosok ke dalam tali air di di KM42 Jalan Kuantan-Kemaman pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Zulkifli Taha, berkata bas berkenaan dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Kuala Terengganu apabila terbabit nahas pada jam 3.40 pagi.
"Pemandu bas terbabit dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh di situ. Bas itu kemudiannya terbabas ke kiri jalan dan merempuh papan tanda sebelum terbalik dan menggelungsur serta terjunam ke dalam tali air," katanya.
Pemandu berkenaan dikenali sebagai Mohamad Faizal Abdullah, 52, dari Kluang, Johor. Zulkifli berkata, semua penumpang berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan polis. "Seramai 34 penumpang dihantar ke Hospital Kemaman dan enam orang ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan dan sebilangan mereka dibenarkan keluar selepas menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya.
Dalam satu lagi kemalangan, seorang juruteknik Tenaga Nasional Berhad maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lagi kereta yang dinaiki dua wanita di KM210 Jalan Kuantan Bypass berhampiran persimpangan Chengkih kira-kira 10.30 pagi tadi. Zulkifli berkata, Mohd Fariz Mohd Nor, 30, dari Kampung Hulu Cheka, Jerantut, yang dalam perjalanan dari arah Pelabuhan Kuantan menuju ke Bukit Ranggin, meninggal di tempat kemalangan. "Kereta mangsa dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta yang sebuah lagi itu," katanya. - Sumber : Bernama
P/S : sebenarnye sy ngah blaja kete n moto..so, berita kemalangan2 mcm ni sungguh menakutkan..adeii..sok QTI kete..harapnye ok la..mcm xyakin je..sy slalu berdoa agar kita smua dijauhkan dari malapetaka ini..sama2 la kita berdoa..amiinn...

No comments:

Post a Comment

Renungan..

Jika Kejahatan Di Balas Kejahatan, Maka Itu Adalah Dendam.Jika Kebaikan Dibalas Kebaikan Itu Adalah Perkara Biasa.Jika Kebaikan Dibalas Kejahatan, Itu Adalah Zalim.Tapi Jika Kejahatan Dibalas Kebaikan,Itu Adalah Mulia Dan Terpuji."

Ads code


I made this widget at MyFlashFetish.com.